GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 1 Jun 2012

Amah ‘kopi haid’ dipenjara sebulan

SINGAPURA: Sebuah mahkamah di sini kelmarin, menjatuhkan hukuman penjara sebulan kepada seorang amah Indonesia selepas dia mengaku meletakkan darah haidnya ke dalam kopi majikan. 

Jumiah, 24, mengaku bersalah melakukan tindakan itu pada Ogos lalu ketika membancuh kopi untuk majikan lelakinya.

Dia percaya, majikannya akan mula melayannya lebih baik selepas minum ‘kopi haid’ itu. Dia memasukkan darah haidnya ke dalam botol plastik.
“Pembantu domestik berada di kedudukan yang boleh membahayakan majikan kerana kepercayaan yang diberi kepada mereka,” kata Hakim Daerah, John Ng kepada Jumiah yang kelihatan bersahaja menerusi penterjemah. 

Dalam hujahnya, Penolong Pendakwa Raya Awam Lim Yu Hui meminta hukuman berat kerana tindakan itu dirancang terlebih dulu. 

Lim menambah Jumiah menyalah gunakan kepercayaan majikan dan menipu untuk menutup perbuatannya apabila ditanya secara bersemuka. 

Katanya, tiada perbuatan buruk di pihak majikan dan keluarganya dan tindakan itu menyebabkan penderitaan kepada mereka. 
Dalam rayuannya, Jumiah memberitahu mahkamah menerusi penterjemah bahawa dia amat menyesal dan meminta maaf atas tindakan bodohnya itu. 

Menurut dokumen mahkamah, Jumiah berniat mencampurkan darah haidnya ke dalam minuman ibu majikannya kerana tertekan dengan kerenahnya. 

Warga Indonesia itu yang sebelum ini meminta bertugas untuk orang lain, diberitahu rakan, wanita tua itu akan melayannya dengan baik jika dia minum campuran air mengandungi darah haid. – Agensi


* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP