GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 10 Jun 2012

Pemuda PAS Sokong Cadangan BR1M Kedua


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyokong cadangan kerajaan untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi pusingan kedua.
Ketuanya Nasrudin Hassan berkata pemberian itu merupakan sesuatu yang wajar diberi kepada rakyat dan DPPP tidak pernah memandang ringan usaha yang dilakukan oleh kerajaan itu.
"Kami tidak pernah halang dan pertikai hak rakyat daripada menerima sumbangan itu, malah orang PAS pun terima, tiada masalah. Cara ini dapat membantu mereka yang memerlukan.
"Ia juga satu cara baik bagi menyalurkan peruntukan daripada kerajaan kepada rakyat, satu asas penting dalam sesebuah kerajaan," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut di sini.
Nasrudin mengulas cadangan untuk meneruskan BR1M pusingan kedua yang telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dua hari lepas.
Bagaimanapun, Nasrudin berkata BR1M perlu diberi lebih awal dan tidak seharusnya dijadikan 'gula-gula' dalam meraih sokongan rakyat pada pilihan raya umum yang akan datang.
Sementara itu, beliau menempelak Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali yang menyeru rakyat Kelantan supaya tidak menderma bagi pembinaan Lebuh Raya Rakyat Kota Baharu-Kuala Krai di Kelantan.
"Kami tidak pernah memaksa rakyat untuk menderma, derma ini sesuatu yang digalakkan Islam. Malah bila menderma wujud 'rasa tanggungjawab' di kalangan rakyat terhadap lebuh raya itu.
"Dia (Ibrahim) kata tunggu kerajaan bina, tetapi sampai bila nak tunggu. Kerajaan banyak salurkan peruntukan kepada projek lain dulu," katanya.
Pada 28 Mei lepas, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyempurnakan majlis pecah tanah Lebuh Raya Rakyat bernilai RM1.8 bilion itu. Lebuh raya sepanjang 73km itu dijangka siap dalam tempoh tiga tahun. 
BERNAMA

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP