GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 11 Julai 2012

'Anak menyusahkan!' -Jennifer Aniston


JENNIFER ANISTON
JENNIFER ANISTON menegaskan dia tidak percaya akan kewujudan kehidupan sempurna. Aktres berusia 43 tahun yang kini sedang menjalinkan hubungan dengan aktor Justin Theroux mengakui biarpun ramai yang tertanya-tanya tentang sama ada dirinya akan berkahwin sekali lagi atau memulakan kehidupan berkeluarga, namun perkara tersebut bukan sesuatu yang membimbangkan dirinya.
Sebaliknya kata Aniston, dia kini belajar untuk selalu positif dan gembira dalam hidup tanpa perlu mengejar apa yang tidak akan diperolehnya.
Menjawab soalan wartawan majalah lelaki GQ versi Sepanyol tentang kehidupan peribadinya dalam satu temu bual baru-baru ini, ujarnya: "Kehidupan sempurna? Saya fikir ia sesuatu yang klise. Macamlah, kalau kamu mahu bahagia, kamu perlu ada rumah, suami dan anak. Anak-anak menyusahkan!"
Aniston sebelum ini berkahwin dengan aktor Brad Pitt, namun mereka bercerai selepas Aniston dikatakan enggan melahirkan anak kerana lebih mementingkan karier lakonannya.
Pitt kini sedang berbahagia bersama pasangannya, aktres Angelina Jolie serta enam orang anak mereka.
Aniston pula dilihat semakin serius dalam hubungannya dengan Theroux yang mula terjalin sejak Mei tahun lepas apabila bekas bintang siri TV popular Friend itu dilaporkan telah membeli sebuah rumah agam bernilai AS$21 juta (RM67 juta) di Beverly Hills, California untuk dijadikan kediaman mereka bersama.
* Sumber Kosmo!

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP