GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 11 Julai 2012

Perceraian Tom Cruise, Katie selesai


BUKAN pasangan lagi...Tom Cruise dan Katie Holmes.

LOS ANGELES: Aktor Tom Cruise dan isterinya, aktres Katie Holmes menyelesaikan perceraian mereka semalam.

Ia mengambil masa kurang daripada dua minggu untuk menamatkan perkahwinan selama enam tahun yang telah menarik minat dunia dan persoalan membesarkan anak perempuan mereka di Gereja Scientology.

Peguam Katie, Jonathan Wolfe berkata, “Kes perceraian mereka telah ditandatangani. Kami gembira untuk Katie dan keluarganya tidak sabar untuk melihat dia meneruskan hidupnya.”

Peguam Tom, Bert Fields turut mengeluarkan keyataan, “Tom berpuas hati kami berjaya menyelesaikannya, begitu juga kami.”

Tetapi tiada komen diberikan oleh kedua-dua bintang itu.

Bintang “Mission Impossible” Tom Cruise, 50, mengahwini Katie Holmes, 33, yang pernah muncul dalam drama televisyen “Dawson Creek” dalam satu upacara perkahwinan mewah di istana di Itali pada November 2006. Anak mereka Suri, dilahirkan enam bulan sebelum itu.

Pasangan itu dan anak perempuan mereka menjadi kegemaran majalah selebriti dan kelihatan gembira hingga lewat bulan lalu apabila Katie memfailkan perceraian di New York. - Reuters

* Sumber


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP