Bekas aktres filem lucah didakwa memandu dalam keadaan mabuk
Tweet
JAMESON
WESTMINSTER, Amerika Syarikat - Bekas bintang filem lucah, Jenna Jameson mengaku tidak bersalah kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.
Jameson ditahan pada 25 Mei lalu selepas kenderaan Range Rover yang dipandunya melanggar sebatang tiang lampu di sini sehingga menyebabkannya cedera ringan.
Pendakwa raya di Orange County berkata, ujian mendapati kandungan alkohol dalam darahnya 0.5 peratus lebih tinggi daripada had yang dibenarkan.
Jameson didakwa dengan tiga kesalahan iaitu memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah, memandu dengan tahap alkohol dalam darah melebihi had yang dibenarkan dan memandu ketika lesen kenderaannya digantung.
Dia membuat pengakuan itu pada Selasa lalu.
- AGENSI
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan