Bergaduh rebut wanita
Tweet
Pergaduhan melibatkan 20 lelaki bersenjatakan parang itu berterusan selama beberapa jam turut mengakibatkan kerosakan harta benda milik penduduk kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, polis yang mendapat laporan mengenai kejadian itu berjaya menahan 16 lelaki berusia di antara 20 dan 30 tahun, dipercayai terlibat dalam pergaduhan itu.
“Lapan lelaki direman untuk siasatan lanjut, manakala selebihnya dibebaskan kerana tidak terlibat secara langsung,” katanya, semalam.
Arjunaidi berkata, polis turut merampas 10 parang dan satu kayu golf. Menurutnya, pergaduhan terbabit juga mengakibatkan kerosakan terhadap 12 kereta, dua lori, dua van sekolah dan sebuah bas selepas cerminnya sengaja dipecahkan kumpulan terbabit.
“Siasatan masih dijalankan dan polis kini mencari seorang suspek terlibat iaitu N.Harichandaran@Hariboy yang beralamat terakhir di Blok 9, Flat Desa Mentari,” katanya.
PETALING JAYA – Berebut teman wanita menjadi punca sebuah kumpulan gangster bertempur sesama sendiri di Flat Taman Desa Ria, PJS 5, awal pagi kelmarin.
Pergaduhan melibatkan 20 lelaki bersenjatakan parang itu berterusan selama beberapa jam turut mengakibatkan kerosakan harta benda milik penduduk kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, polis yang mendapat laporan mengenai kejadian itu berjaya menahan 16 lelaki berusia di antara 20 dan 30 tahun, dipercayai terlibat dalam pergaduhan itu.
“Lapan lelaki direman untuk siasatan lanjut, manakala selebihnya dibebaskan kerana tidak terlibat secara langsung,” katanya, semalam.
Arjunaidi berkata, polis turut merampas 10 parang dan satu kayu golf. Menurutnya, pergaduhan terbabit juga mengakibatkan kerosakan terhadap 12 kereta, dua lori, dua van sekolah dan sebuah bas selepas cerminnya sengaja dipecahkan kumpulan terbabit.
“Siasatan masih dijalankan dan polis kini mencari seorang suspek terlibat iaitu N.Harichandaran@Hariboy yang beralamat terakhir di Blok 9, Flat Desa Mentari,” katanya.
Katanya, orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian atau mengetahui di mana suspek berada diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79562222.
* Sumber
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan