Uncle Seekers direman 4 hari
Tweet
Ahad lalu, 30 individu membuat laporan polis terhadap Syed Abdullah berhubung penulisan di dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.
Pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas, 46, dan Siti Nadhirah Mohd Zain, 26, ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan penulisan di dalam blognya, 'www.uncleseekers.blogspot.com' yang didakwa memfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim di sini, Khamis. Kedua-dua mereka ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya kira-kira pukul 9.45 malam tadi di Tol Senawang, Negeri Sembilan untuk siasatan mengikut Seksyen 8(1) di Akta Rahsia Rasmi 1972. -fotoBERNAMA
JOHOR BAHRU: Polis hari ini mendapat perintah tahanan reman empat hari ke atas pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers, bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang didakwa memfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim.
Perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah terhadap pengendali blog www.uncleseekers.blogspot.com dan dan juga teman wanitanya itu dibacakan Majistret Md Isa Mohamed di Mahkamah Majistret, di sini, petang tadi. Kedua-dua mereka ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya pada 9.45 malam tadi di Tol Senawang, Negeri Sembilan untuk siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia rasmi 1972.
Perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah terhadap pengendali blog www.uncleseekers.blogspot.com dan dan juga teman wanitanya itu dibacakan Majistret Md Isa Mohamed di Mahkamah Majistret, di sini, petang tadi. Kedua-dua mereka ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya pada 9.45 malam tadi di Tol Senawang, Negeri Sembilan untuk siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia rasmi 1972.
Ahad lalu, 30 individu membuat laporan polis terhadap Syed Abdullah berhubung penulisan di dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.
- BERNAMA
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan