GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 5 Julai 2012

Ikan duyung hanya dongeng


TIADA bukti menunjukkan ikan duyung pernah ditemui

LOS ANGELES: Persoalan sama ada ikan duyung wujud atau tidak ditamatkan baru-baru ini apabila sebuah agensi saintifik Amerika Syarikat mengesahkan makhluk laut itu tidak wujud.

Pentadbiran Lautan dan Atmosferik Kebangsaan Amerika mengesahkan tidak ada bukti menunjukkan makhluk separuh manusia separuh ikan itu wujud.

Agensi berkenaan mengeluarkan kenyataan minggu lalu untuk menjelaskan bahawa spesies laut itu tidak wujud selepas menerima beberapa panggilan berikutan tayangan oleh saluran Animal Planet berjudul: Mermaid: The Body Found yang mengelirukan beberapa penonton. 

Selepas siaran rancangan fiksyen itu, yang direka untuk mempunyai format sama dengan sebuah dokumentari, beberapa penonton menelefon agensi berkenaan untuk mengetahui lebih banyak mengenai makhluk itu.

Agensi itu mengeluarkan kenyataan menerusi bahagian Fakta Lautan, mengakhiri teori kewujudan ikan duyung.

Kenyataan itu berbunyi: “Adakah ikan duyung wujud? Tidak ada bukti menunjukkan ia pernah ditemui.” Kenyataan itu seterusnya menerangkan bagaimana makhluk feminin itu ditemui pertama kali pada lukisan di gua kira-kira 30,000 tahun lalu.

Agensi terbabit menggabungkan kenyataan itu menerusi maklumat yang sudah sedia diperoleh untuk orang awam kerana ia tidak mempunyai program yang khusus untuk mengkaji ikan duyung, kata jurucakapnya, Carol Kavanagh kepada Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Pusat Kawalan dan Pencegahan Wabak mengeluarkan kenyataan bulan lalu bahawa zombi tidak wujud.

Pusat berkenaan membuat kenyataan itu berikutan tersebar khabar angin kononnya seorang lelaki, Rudy Eugene, 31, ditembak mati oleh polis ketika mukanya berubah seperti zombi. - DM

* Sumber


Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP