GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 19 September 2012

Gangnam Style cecah 200 juta tontonan


SEOUL: Penyanyi pop sensasi Korea Selatan, Park Jae-Sang menjadikan negara itu lebih popular apabila video Gangnam Style mencecah 200 juta penonton di YouTube, beberapa hari selepas mendapat tempat pertama dalam carta iTunes Amerika Syarikat.

“Dapat 200 juta tontonan!! Terima kasih semua!” kata Park atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Psy di akaun Twitternya @psy-oppa. 

Video yang memaparkan Psy membuat tarian “tunggang kuda”, menjadi popular tidak lama selepas dimuat naik dalam laman perkongsian video pada pertengahan Julai lalu, menjadikan penyanyi bertubuh gempal dan berusia 34 tahun itu terkenal di peringkat antarabangsa.

Dia turut muncul di acara Anugerah MTV di Los Angeles baru-baru ini dan beberapa rancangan bual bicara AS dan ini membuatkan dia lebih terkenal dan melonjakkan lagu Gangnam Style di carta iTunes AS, Sabtu lalu. - AFP

* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP