GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 25 September 2012

Pelajar ditahan belasah, samun teman wanitanya


KUANTAN – Seorang pelajar Tingkatan Enam di Lipis ditahan selepas terbabit dalam kes samun dan membelasah teman wanitanya yang juga pelajar sekelasnya.
Dalam kejadian 5.40 petang semalam iu, pelajar perempuan berusia 18 tahun itu dipukul dengan topi keledar di kepala selain ditendang berkali-kali oleh suspek.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Supt Abdul Razak Hassan, suspek turut bertindak melarikan rantai leher mangsa yang bernilai RM1,000 selepas membelasahnya.
"Kes dipercayai gara-gara teman wanita suspek didakwa gagal menjelaskan hutang yang tidak diketahui jumlahnya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Dalam kejadian di Tanjung Lipis, Lipis itu, mangsa ditemani tiga rakannya untuk bertemu dengan suspek bagi menyelesaikan kes hutang yang membabitkan suspek dan mangsa.
"Tiba di tempat berkenaan, suspek terus melenting dan bertindak memukul mangsa. Mangsa yang cedera di kepala dan muka menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lipis,” katanya.
Abdul Razak berkata, suspek kemudiannya melarikan diri dengan motosikal, bagaimanapun berjaya ditahan pihak polis pada jam 10 malam tadi selepas mangsa membuat laporan polis pada jam 6.10 petang kejadian.
 – BERNAMA

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP