GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 29 Oktober 2012

Waran tangkap pelajar terus aib bekas teman lelaki


KUALA LUMPUR — Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang pelajar kerana menghina mahkamah dengan mengaibkan bekas teman lelakinya di laman sosial walaupun dilarang berbuat demikian.
Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan komital oleh seorang guru warga Kanada, Lee David Clayworth, 35, untuk memenjarakan Lee Ching Yan, 28.
Dalam keputusannya, Vazeer Alam berkata, waran tangkap itu dikeluarkan bagi tujuan membawa Ching Yan ke mahkamah sebelum satu tempoh hukuman penjara ditetapkan.
"Saya berpuas hati bahawa defendan sengaja tidak mematuhi perintah mahkamah pada 30 November tahun lepas dengan terus mengeluarkan kata-kata kesat dan mengaibkan plaintif. Defendan juga memilih untuk tidak hadir ke mahkamah walaupun telah diserah surat untuk prosiding komital kepada dirinya dan melalui ibu bapanya.
"Mahkamah perlu ambil tindakan keras dan mahkamah ambil berat tentang isu pihak-pihak yang membuat penyiaran tidak terhad di Internet. Pihak-pihak ini perlu dipertanggungjawabkan berhubung tindakan mereka.— BERNAMA
* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP