GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 1 November 2012

Neelofa Pinta Kelincahannya Dalam 'MeleTop' Tidak Dipertikai


Neelofa kurang bersetuju dengan gelaran gedik diberikan pihak tertentu berhubung gaya pengacaraannya dalam rancangan MeleTop pada malam Selasa lalu.
PETALING JAYA: Pelakon jelita Neelofa berasa hairan dengan penerimaan segelintir pihak yang mendakwa dia beraksi gedik ketika mengacarakan episod pertama rancangan MeleTopyang mula disiarkan di Astro Ria pada Selasa lalu.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 23, berkata, dia bersetuju jika ada pihak yang menganggap dia terlalu lincah dan lantang tetapi gelaran gedik itu kurang sesuai kerana apa yang dipersembahkan adalah mengikut kehendak konsep program berkenaan.
“Saya sendiri berasa pelik pada bahagian mana dalam program itu yang saya kelihatan gedik? Saya rasa perkataan itu kurang sesuai tetapi mungkin saya agak lincah, ceria dan lantang daripada kebiasaan.
“Sebenarnya, sifat ceria dan aktif itu juga sebahagian daripada diri saya cuma selama ini masyarakat tidak pernah melihatnya. Orang sudah terbiasa melihat saya dengan penampilan feminin dan sopan dalam rancangan Nona,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, pada Khamis.
Ketidakpuasan segelintir penonton terhadap gaya Neelofa dalam MeleTop diperkatakan dengan meluas pada laman Twitter sejurus episod pertama rancangan itu yang disiarkan secara langsung pada pukul 10 malam pada Selasa lalu di Astro Ria (saluran 104).
Neelofa berkata, sebagai orang baru yang julung kali mengacarakan program secara langsung, dia menerima setiap pandangan dengan hati terbuka dan mahu memperbaiki sebarang kekurangan yang terjadi.
Neelofa berterima kasih kerana pasangan pengacaranya Nabil (kiri) banyak membantu dalam melancarkan perjalanan rancangan secara langsung itu.
“Keluarga dan rakan-rakan rapat beri komen membina. Bukan mereka puji semata-mata tetapi ada banyak komen yang memberangsangkan boleh saya ambil kira.
“Malah, pihak Astro sendiri berpuas hati dengan tugas saya dan mereka kata saya sudah beri lebih daripada yang diharapkan.
“Selepas melihat semula ulangan program itu, saya kenal pasti beberapa aspek yang boleh saya perbaiki untuk siaran seterusnya,” katanya.
Ditanya mengenai penerimaannya berhubung pertikaian umum itu, Neelofa berkata, dia menjadikan pengalaman pengacara Fara Fauzana ketika dipertikaikan mengacarakan Melodisebelum ini sebagai rujukannya.
“Saya tidak kecil atau patah semangat dengan pertikaian orang kerana yang paling penting kerja saya memuaskan hati pihak Astro.
“Apabila berlakunya perkara itu, saya baru faham apa perasaan yang pernah dialami Fara Fauzana ketika dia dihentam dan dipertikaikan itu dan ini semasa mengacarakan Melodisebelum ini.
“Apa-apa pun pertikaian orang, Fara tetap teruskan tugasnya mengikut kehendak pihak penerbitan. Itu yang menjadi pegangan saya untuk meneruskan cabaran mengacarakanMeleTop pada masa akan datang,” katanya.
Dalam perkembangan lain, aktres kontroversi ini sedang sibuk dengan sesi latihan bagi mengacarakan Anugerah Skrin 2012 (ASK2012) di samping Awal Ashaari.
ASK2012 akan berlangsung pada 9 November ini pukul 9 malam di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dekat sini.

* Sumber mStar Online


1 Merujuk kepada perkara diatas :

Admin 2 November 2012 pada 7:51 PG  

huhu..
kalau nak cepat tacink, jangan jadi retis. hehe ~

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP