Kandungan rokok perlu dikurangkan beransur-ansur
Tweet
KUALA LUMPUR — Pengurangan kadar tar, nikotin dan karbon monoksida secara beransur-ansur adalah lebih baik kerana membolehkan perokok menyesuaikan diri dengan paras baharu kandungan rokok dan menikmati kehidupan lebih baik, kata OSK Research.
Dalam nota kajiannya, OSK Research menyatakan pengurangan mendadak tiga elemen itu berkemungkinan membawa dua senario termasuk perokok menghisap lebih banyak rokok bagi mendapatkan 'rasa'.
Perokok yang menghisap rokok bercukai juga dijangka bertukar kepada yang diseludup kerana mengandungi kadar tar dan nikotin lebih tinggi, kata agensi itu. Rokok seludup kini menguasai sekitar 34.9 peratus pasaran.
"Kami berpandangan kedua-dua senario itu menggagalkan usaha menggalakkan rakyat yang sihat,” katanya.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai baru-baru ini dilapor berkata, kandungan tar, nikotin dan karbon monoksida dalam rokok yang dijual di Malaysia akan direndahkan pada September tahun depan, dan akan terus dikurangkan setahun kemudian.— BERNAMA
* Sumber Kosmo! Online
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan