Kini Tiada Lagi Gambar Instagram dalam Twitter
Tweet
LOS ANGELES 8 Dis. - Instagram kini tidak membenarkan pengguna Twitter untuk melihat gambar yang dimuat naik ke dalam laman perkongsian gambar tersebut, dalam usahanya untuk menggalakkan orang ramai menggunakan laman web sosialnya, Facebook.
Ketua Pegawai Eksekutif Instagram, Kevin Systrom hari ini mengumumkan, pihaknya telah menghentikan khidmat sokongannya kepada Twitter, sekali gus memberi petunjuk kepada perselisihan yang semakin mendalam antara dua gergasi media sosial itu.
Pengguna Twitter mula membuat aduan awal minggu ini di mesej awam berhubung gambar-gambar Instagram yang tidak dipaparkan dengan elok di akaun Twitter mereka.
"Sebelum ini kami memberi sokongan kepada Twitter kerana kami mempunyai ciri-ciri laman web yang minimum.
"Sekarang, kami telah memperkenalkan perisian baru yang membolehkan pengguna mengulas atau menandakan 'like' pada gambar di laman web Instagram secara langsung," kata Systrom.
Persaingan antara Facebook dan Twitter bertambah hebat pada April lalu selepas Facebook membeli Instagram.
Sejak itu hubungan kedua-dua syarikat tersebut menjadi tegang dan pada Julai lalu, Twitter menyekat Instagram daripada menggunakan datanya untuk membantu pengguna baru laman perkongsian gambar itu mencari teman. - AGENSI
* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan