GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 26 Januari 2013

FOTO: 5 Festival Perayaan Kematian di Dunia



Selama ini sejagat hanya mengetahui Halloween salah satu acara memperingati kematian, kebangkitan para hantu, dan arwah. Biasanya warga dunia meraikan dengan memakai kostum menyeramkan, namun seiring berkembangnya waktu menjadi unik dan tidak biasa seperti kostum robot atau tokoh kartun.

Ternyata merayakan kematian bukan milik Halloween saja. Di beberapa negara ada festival kematian disambut saban tahun atau ada hal tertentu. Dipetik dari listverse.com, sekurang-kurangnya ada lima parade untuk mengingat peristiwa berakhirnya hidup.

Seperti apa perayaan itu? Ini ulasannya.

1. Famadihana, Madagascar

Madagascar memang tidak mempunyai masa khusus untuk memperingati sebuah kematian. Namun ada perayaan bernama Famadihana yakni membongkar sebuah makam. Jenazah dalam kubur diangkat dan dikenakan kain sutera lalu diarak keliling perkuburan bersama muzik pengiring.

Tradisi ini datang dari penganut keyakinan Malagasy. Para penganut kepercayaan ini percaya roh orang mati tidak boleh kembali ke alam baka sebelum tubuhnya menjadi busuk. Tiap tujuh tahun sekali, mayat diangkat, dibungkus semula, lalu dimasukkan kembali ke liang lahad bersama pesta besar-besaran. Perayaan ini melibatkan keluarga si jenazah.

2. Festival hantu lapar, China
Festival hantu lapar dirayakan warga China setiap malam ke-15 bulan ketujuh dalam kalendar China. Bulan ini dikenali dengan bulannya para syaitan dan dipercayai arwah, jin, hantu bangkit dari alam kubur.

Selama bulan itu, semua keluarga di China wajib mengosongkan satu kerusi dalam meja makan atau di bilik keluarga untuk mengingati mereka telah tiada. Mereka juga membakar wang kertas selama festival berlangsung. Selepas perayaan berakhir, para warga China menuntun hantu kembali ke bawah tanah dengan menlarungkan lentera berbentuk bunga teratai di sungai atau tasik.

3. Lemuria, Itali
Lemuria merupakan tradisi Rom kuno untuk mengusir roh jahat nenek moyang dari sebuah rumah. Setiap tempat tinggal harus dibersihkan oleh kepala rumah tangga dengan bangun tengah malam dan membasuh tangannya tiga kali. Lalu berjalan-jalan tanpa alas kaki ke sekeliling rumah sambil melemparkan kacang hitam dari atas bahu sebanyak sembilan kali. Dia juga merapal mantra 'jadikan kacang ini sebagai penebus bagi saya dan nenek moyang saya'.

Ritual ini masih banyak dilakukan orang-orang Itali hingga saat ini.

4. Hari Raya Kematian, Mexico
Hari Raya Kematian di Mexico diadakan setiap dua hari awal November dan ini sudah masuk dalam rangkaian cuti di negara itu. Perayaan ditandai dengan patung-patung tengkorak berada di tempat umum se-antero negara itu.

Hari raya Kematian asalnya memperingati musim menuai Suku Aztec, suku asli Mexico. Sebulan penuh mereka merayakan persembahan untuk Dewi Mictecacihual, Dewi Kematian. Meski perayaannya dekat dengan Halloween tetapi peringatan ini lebih hangat. Banyak kegembiraan, nyanyian, dan tarian sepanjang malam.

5. Pitru Paksha, India

Festival Pitru Paksha merupakan tradisi Hindu di bulan Aswin dalam kalendar agama itu. Perayaan berjalan selama dua minggu bagi memperingati roh dan arwah nenek moyang serta pendahulu mereka.

Dalam mitologi Hindu saat arwah prajurit Karna mencapai syurga, dia tidak mencari apa-apa untuk dimakan selain emas. Karna memohon pada Batara Indra untuk diberikan makanan namun Indra menolak lantaran semasa hidup Karna tidak pernah memberikan makanan pada leluhurnya. Akhirnya, dia membuat perjanjian dengan Indra agar diturunkan ke bumi selama dua minggu untuk memberikan air dan makanan pada semua orang.

* Sumber viva.forum


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP