GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 26 Januari 2013

Tanaman terbiar Selama 40 tahun,tetapi tetap hidup Subur dalam Botol pulak tu

David Latimer dan Tanaman

Cranleigh - Tukang kebun bernama David Latimer, berjaya mencipta percubaan yang sangat menakjubkan. Ia membuat taman kecil yang diletakkan di dalam botol, selepas 40 tahun ternyata taman itu tumbuh subur walaupun tidak pernah disiram.

David, ingin menguji sebuah teori di mana sebuah tumbuhan dapat bertahan di persekitaran tanpa diberi air. Ia menaruh empat bibit tanaman di dalam botol itu. Tiga daripada empat bibit itu telah mati, namun bibit dari tanaman yang biasa disebut Spiderworts atau Tradescantia ini terus tumbuh walaupun tanaman ini tidak dirawat.

"Saya memulakan menananmnya pada tahun 1960. Saya punya idea ini kerana ingin melihat apakah tanaman boleh bertahan dalam persekitaran yang terpencil," ungkap David. Demikian dikutip dari Mirror, Jumaat (25/1/2013).

"Ini adalah sebuah percubaan untuk melihat berapa lama tanaman-tanaman itu akan berlangsung. Tanaman Tradescantia terus tumbuh hingga memenuhi botol. Padahal saya hanya menyiram dua kali pada awal 1970, "tambah pesara jurutera elektrik ini.

Untuk bertahan hidup, tanaman itu menyerap tenaga suria dari sinar matahari, dan air yang dihasilkan dari kelembapan karbon dioksida dan nutrisi dihasilkan dari daun-daun yang telah membusuk. Proses ini juga boleh menghasilkan oksigen.

* Sumber asal okezone.com


2 Merujuk kepada perkara diatas :

Tanpa Nama ,  26 Januari 2013 pada 8:36 PTG  

mesti tumbuhan tu jenis marchantia

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP