GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 21 Januari 2013

Kompleks ber ' Goyang ' diSerbu


SEBAHAGIAN GRO yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan tiga tingkat di Pandan Indah, semalam.
Ampang: Bukan sekadar dibelai wanita pelayan pelanggan (GRO), beberapa pengunjung sebuah kompleks pusat hiburan tiga tingkat di Pandan Indah, di sini, didapati turut khayal, dipercayai kerana mengambil dadah, ketika diserbu polis awal pagi semalam.
Serbuan itu sekali gus membuktikan gelaran ‘kompleks goyang’ yang diberikan penduduk tempatan kepada pusat hiburan berkenaan ada kebenarannya.
Dalam operasi jam 1 pagi, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, mengepung pintu depan dan belakang premis tiga tingkat itu bagi menghalang pelanggan dan pekerja pusat hiburan terbabit meloloskan diri. Hasilnya, 54 pelanggan dan 25 GRO warga Vietnam ditahan.
Pegawai Turus D7 IPK Selangor Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat awam selain intipan pihaknya sejak dua minggu lalu.
Katanya, semua yang ditahan dibawa ke IPD Ampang dan daripada 54 pelanggan yang menjalani ujian saringan air kencing, 11 lelaki dan seorang wanita didapati positif dadah serta dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
* Sumber myMetro


3 Merujuk kepada perkara diatas :

Nizam Awang Brahim 21 Januari 2013 pada 8:21 PG  

Serbu perabih je pusat2 hiburan gini...

Tanpa Nama ,  30 Januari 2013 pada 11:52 PG  

tajuk harian metro semalam iaitu goyang sambil makan di salah sebuah kedai makan di sendayan indah ada unsur unsur gairah serta ada mabuk memang betul. harap pehak yang bertanggung jawap perlu ambil tindakan sekeras kerasnya.....saya pernah berborak dengan tuan punya kedai karaoke...dengan angkuh dan lagaknya menyatakan pehak m.p.n nilai tak kan berani nak ambil tindakan.....saya pun pelik org dah banyak berkata tentang tentang kedai ini tapi pehak majlis agama m.p.n dan polis hai.......tak kan tak tahu......pelik pelik......

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP