GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 17 Januari 2013

Pasangan Selebriti Gay Elton John dan David Furnish sudah ada dua Anak ?


Elton John (kiri) dan David Furnish
PASANGAN gay selebriti, Sir Elton John dan David Furnish, akhirnya mengesahkan yang mereka telah memperoleh anak lelaki yang kedua melalui ibu tumpang.
Akhbar tabloid Britain The Sun melaporkan, dalam surat beranak anak lelaki mereka itu, David Furnish telah dinamakan sebagai ‘ibu’ manakala Elton John sebagai bapa.
Sijil kelahiran itu dikeluarkan oleh negeri California, Amerika Syarikat di mana bayi tersebut dilahirkan.
Menurut The Sun, bayi itu dilahirkan di Pusat Perubatan Cedars-Sinai Los Angeles.
Undang-undang California membenarkan mereka yang mengambil anak tumpang dicatatkan sebagai ibu-bapa yang sah di dalam sijil kelahiran bayi.
Nama ibu tumpang itu dirahsiakan daripada pengetahuan umum tetapi pihak media mempercayai ia adalah ibu yang sama yang melahirkan anak lelaki pertama pasangan gay berkenaan.
Anak lelaki pertama mereka dinamakan Zachary. Zachary kini berusia dua tahun.
Bayi kedua ini telah dinamakan Elijah Joseph Daniel Furnish-John dilahirkan pada 11 Januari lalu.
Seorang lagi penyanyi gay terkemuka dunia, George Michael adalah di antara yang terawal yang mengirimkan perutusan tahniah dan jambangan bunga kepada pasangan Enton John-David Furnish di atas kelahiran bayi kedua mereka itu.
Elton, kini berusia 65 tahun manakala pasangannya, David, 50.
Mereka menjadi pasangan selebriti pertama Britain yang mengumumkan perkahwinan sejenis secara terbuka dan mendaftarkan perkahwinan mereka secara sivil.
* Sumber mStar Online

3 Merujuk kepada perkara diatas :

Dhea Ahmad 17 Januari 2013 pada 9:07 PTG  

MasyaAllah......dunia akhir zaman.....

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP