GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 14 Februari 2013

Minta maaf tapi terus hina Islam


Wellington: Ahli politik New Zealand, Richard Prosser (gambar) meminta maaf semalam kerana berkata lelaki muda Islam ialah ancaman keganasan dan tidak sepatutnya dibenarkan menaiki pesawat milik negara Barat. 

Selepas kenyataannya dikecam di seluruh spektrum politik, Prosser dari parti New Zealand First berkata beliau gagal mengenali majoriti umat Islam yang mematuhi undang-undang dan tidak menyokong pelampau. 

Prosser berkata, cadangan beliau yang merangkumi semua lelaki berusia 19 hingga 35 tahun yang beragama Islam, kelihatan seperti orang Islam, atau datang dari negara Islam, dilarang menaiki pesawat terlalu luas, tetapi masih menyokong profil sasaran penumpang pesawat. 


“Saya tidak sepatutnya mencadangkan larangan menyeluruh, saya sepatutnya menggesa siasatan dibuat mengenai merit profil sasaran. Ia sesuatu yang tidak sepatutnya saya lakukan dan saya meminta maaf kerana itu,” katanya kepada Radio New Zealand tanpa mengulas lanjut. 

Katanya, beliau tidak kesal menggelar Islam agama zaman batu dalam kolum yang disiarkan di majalah Investigate. 

“Saya bercakap mengenai Islam dan saya tidak meminta maaf di atas hakikat saya tidak dapat menerima orang merendahkan wanita dan tiada masa untuk institusi, apa saja, yang menindas hak asasi manusia,” katanya. 

Perdana Menteri, John Key menyifatkan kenyataan Prosser itu sebagai mengerikan, manakala komuniti Islam menggesa beliau meninggalkan Parlimen, sesuatu yang tidak akan dilakukannya. 


Bekas ahli politik Parti Buruh, Kelvin Davis, memberi tindak balas di akaun Twitter yang berbunyi: “Lebih baik diam dan biarkan semua orang berasa anda bodoh berbanding buka mulut dan mengesahkan anggapan itu.” - AFP


* Sumber BH




0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP