Lelaki ugut Letup diri ibu dan bapa dengan tong Gas memasak
Tweet
SUSPEK yang cuba meletupkan diri bersama ibu bapanya ditahan polis.
Kuala Terengganu: Sambil berdiri di beranda rumah, seorang lelaki mengancam mahu meletupkan diri bersama ibu bapanya menggunakan tong gas memasak bagi mengelakkan diri daripada dicekup polis yang mengepung rumah keluarganya di Kampung Padang Nenas di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6 petang itu, lelaki berusia 33 tahun terbabit mengambil tong gas dan mengancam mahu menyalakan api pada saluran getah selepas membuka penutup dan melepaskan gas.
CEK menunjukkan bagaimana dia memeluk suami ketika diancam anaknya.
Bagaimanapun, tindakan berani ibunya yang mengheret tong gas bersama anaknya itu ke dalam rumah, menghalang lelaki terbabit daripada menyalakan pemetik api.
Ibu kepada lapan anak yang ingin dikenali sebagai Cek Ngoh, 61, berkata, dia tidak menduga anak kelimanya itu tergamak bertindak demikian selepas bergaduh dengan adik bongsunya berusia 22 tahun berpunca daripada kerosakan telefon bimbit.

Menurutnya, detik cemas itu bermula selepas anak bongsunya menghantar SMS kepada pihak polis berikutan bimbang dengan ancaman abangnya yang berang kerana telefon bimbit lelaki itu gagal dibaiki.
Sumber myMetro
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan