GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 2 Februari 2013

Pelacur internet Uzbekistan diberkas


SEORANG pegawai imigresen memeriksa barangan yang dirampas daripada wanita Uzbekistan dalam serbuan di sebuah hotel di Nilai semalam.

NILAI – Taktik seorang pelacur warga Uzbekistan yang mengiklankan perkhidmatan seks dalam sebuah laman web berbahasa Cina terbongkar apabila wanita itu ditahan di sebuah hotel di sini semalam.



Pengarah imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, ketika ditahan wanita berusia 31 tahun itu didapati sedang melayan seorang lelaki di bilik hotel berkenaan. Lelaki itu dibebaskan selepas keterangannya diambil.

Katanya, aktiviti wanita itu dikesan sejak beberapa hari lalu selepas dia mengiklankan perkhidmatan seks di sebuah laman web dengan bayaran antara RM450 hingga RM500.
“Kita menerima aduan daripada orang awam yang curiga dengan iklan di laman web berkenaan sebelum kita membuat siasatan lanjut sehingga wanita ini berjaya diberkas.
“Dia sudah dua kali datang ke negara ini. Terbaharu, dia didapati masuk ke sini pada 24 Januari lalu sebagai pelancong,” katanya di sini semalam.
Tambahnya, pelanggan yang melayari laman web berkenaan akan menghubungi wanita terbabit sebelum menetapkan hotel untuk bertemu.
Menurut Faizal, wanita itu bergerak aktif di Seremban dan Nilai kerana bimbang aktivitinya dikesan sekiranya menawarkan perkhidmatan di bandar besar seperti Kuala Lumpur.
“Kita turut merampas berpuluh-puluh kondom dan cecair pelincir yang digunakan untuk aktiviti persundalan tersebut,” katanya.
Ujar Faizal, semakan mendapati wanita terbabit baru dua hari mendaftar di hotel dua bintang berkenaan. Dia juga cuba membuang kondom yang telah digunakan ke dalam mangkuk tandas tetapi gagal.
Wanita itu kini ditahan di Depoh Tahanan Lenggeng dekat sini untuk siasatan lanjut.
* Sumber kosmo! Online



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP