Sultan Borneo Utara muncul dan punya kaitan dengan Kesultanan Sulu ?
Tweet
* Sumber mStar Online
Abdul Rajak menunjukkan kad perniagaannya ketika temu bual bersama The Star.
LAHAD DATU: Seorang individu yang mendakwa ada kaitan dengan Kesultanan Sulu dan Borneo Utara mempertikaikan dakwaan kumpulan bersenjata Sulu bahawa Sabah adalah tanah nenek moyang mereka.
"Keluarga saya adalah pemilik takhta yang sah," kata ahli perniagaan Lahad Datu berusia 45 tahun, Datu Abdul Rajak Aliuddin.
Abdul Rajak mendakwa dirinya sebagai Sultan Borneo Utara keenam.
Ahli perniagaan itu telah ditahan dan didakwa kerana membakar bendera Sabah dan menaikkan bendera Kesultanan Borneo Utara dengan simbol singa..
Katanya, kumpulan bersenjata yang mendakwa sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, abang kepada Sultan Sulu berpangkalan di Filipina, Sultan Jamalul Kiram, tidak mempunyai hak untuk menuntut Sabah yang sebelum ini dikenali sebagai Borneo Utara.
"Bapa saya Aliuddin Agas dikenali sebagai Sultan Borneo Utara kelima.
"Dia merupakan salah seorang yang menandatangani rangka perjanjian Malaysia pada 1962," katanya yang menunjukkan dokumen untuk menyokong dakwaannya.
Dia berkata, kumpulan Azzimudie tiada hak untuk menggunakan bendera dengan simbol berwarna kuning yang dinaikkan di Kampung Tanduo selepas mereka menceroboh masuk ke perkampungan itu di Felda Sahabat 17 pada 9 Februari lalu.
Azzimudie dan lebih 100 pengikutnya, termasuk lelaki bersenjata dengan pakaian ala tentera menuntut Malaysia mengakui mereka sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu.
Abdul Rajak memberitahu pemberita di sini bahawa pencerobohan di Tanduo adalah sandiwara untuk tujuan politik.
Dia mendakwa selepas pemberontak Brunei 1863, Borneo Utara membentuk kesultanan berautonomi dengan Kesulatan Bolongan yang meliputi utara Kalimantan dan Sulu di selatan Filipina.
Katanya, mereka diberikan hak berautonomi dan kesemua rakyat kesultanan tersebut dikawal sepenuhnya oleh kerajaan masing-masing.
Malah Pahlawan, Tawi Tawi dan Siasi di selatan Filipina berada di bawah Kesultanan Borneo Utara, dakwanya.
1 Merujuk kepada perkara diatas :
Akhbar The Philippine Inquirer melaporkan pada satu sidang akhbar di Istana Malacanang di sini, Presiden Benigno Aquino III menyatakan terdapat kesangsian dalam keturunan kesultanan tersebut.
Menurutnya, selepas pemerintahan Sultan Jamalul Kiram II tamat pada 1936, baginda meninggal dunia tanpa seorang pewaris.
Catat Ulasan