GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 13 Mac 2013

Kemarahan terhadap Tian Chua belum reda



KUALA LUMPUR 11 Mac - Kemarahan orang ramai terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berhubung kenyataannya yang mendakwa insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah, hanya sandiwara UMNO belum reda dengan pelbagai pihak terus berhimpun dan membuat laporan polis.

Di JELEBU, lebih 100 orang mengadakan demonstrasi bagi membantah kenyataan biadab Tian Chua sebelum membuat laporan terhadap pemimpin PKR itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu.
Yang turut sama dalam demonstrasi di tapak Pasar Tani Kuala Klawang ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, Datuk Yunus Rahmat serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Di TANAH MERAH, lebih 300 ahli beberapa NGO Kelantan dan Felda Kemahang di sini, berhimpun bagi mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas termasuk melucutkan kewarganegaraan Tian Chua. Mereka seterusnya membuat laporan polis.

Kolonel Kehormat Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) Tanah Merah, Datuk Ir. Shahri Hassan berkata, kenyataan Tian Chua mempersendakan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu memalukan dan mengguris hati rakyat negara ini.

Di PASIR MAS, seramai 200 orang penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gaal yang mewakili 15 NGO, berhimpun secara aman sambil membawa sepanduk dan membakar replika Tian Chua di luar pekarangan Balai Polis Bukit Yong dekat sini hari ini.

Wakil NGO terbabit, Mohd. Ashari Daud berkata, penduduk membantah keras tindakan biadab Tian Chua itu kerana disifatkan sebagai berniat jahat.

Di KAPIT, sekumpulan bekas anggota Iban Trackers dan ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Kapit mengadakan demonstrasi aman dan membuat laporan polis bagi menuntut Tian Chua memohon maaf di atas kenyataan biadab terhadap anggota keselamatan negara.

Pengerusi PBTM Cawangan Kapit, Wilfred Billy Panyau berkata, tindakan Tian Chua yang mendakwa pencerobohan berdarah di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara UMNO adalah keterlaluan.

Di JOHOR BAHRU, seramai 50 orang penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Desa Mutiara dan Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) membuat bantahan secara aman terhadap kenyataan biadab Ahli Parlimen Batu itu, semalam.

Mereka yang mula berkumpul pada pukul 5 petang itu, membuat laporan polis sambil membawa sepanduk dan membakar patung yang dianggap sebagai Tian Chua.

* Sumber


1 Merujuk kepada perkara diatas :

My Little Diary 13 Mac 2013 pada 9:08 PG  

ramai nya org marah dgn tian chua ni
ish3x...
saya marah jugak ni... tapi macam takder apa2 tindakan pun yang di ambil.

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP