Menyamar Jadi Pilot,Lelaki Ini Hampir Terbangkan Pesawat
Tweet
PHILADELPHIA - Seorang Lelaki Perancis yang menyamar jadi juruterbang hampir saja menerbangkan pesawat milik syarikat Air France. Penyamarannya begitu meyakinkan kerana mengenakan seragam dan kad pengenalan dari Air France.
"Dia memakai kemeja Air France dan membawa beg Air France. Dia juga membawa tanda pengenalan yang kelihatan seperti asli, "ujar pegawai polis di Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) Michael Murphy seperti dikutip Global Post, Isnin (25/3/2013).
Lelaki bernama Philippe Jernnard itu melakukan aksinya setelah sempat terlibat cek-cok dengan seorang pramugari. Jernnard marah kerana sang pramugari tidak boleh memindahkannya ke kelas perniagaan.
Saat berada dalam kokpit, kopilot pesawat tersebut tidak sedar bahawa Jernnard adalah seseorang yang menyamar. Kedoknya terbuka setelah pramugari yang sebelumnya sempat beradu mulut dengan Jennard memasuki kokpit dan langsung mengenalinya.
Pihak Air Frnace menerangkan kad pengenalan yang dipakai Jernnard adalah kad pengenalan curian. Sedangkan seragam yang dikenakan Jernnard hanyalah pakaian biasa yang ditampal dengan logo Air France.
Peristiwa itu sendiri terjadi ketika Jernnard sedang berada di Lapangan Terbang Philadelphia. Lelaki berusia 61 tahun itu kini berada dalam tahanan untuk menunggu proses perbicaraan bermula.
* Sumber okezone.com
Phillippe Jernnard (Foto: EPA)

0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan