GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 25 Mac 2013

Pencerobohan Lahad Datu lebih sukar diselesai berbanding insiden Sauk



KUALA LUMPUR 25 Mac - Isu pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah lebih sukar dan rumit untuk diselesaikan dan ia adalah kes yang jauh berbeza dengan insiden Sauk di Perak pada tahun 2000.

Bekas Panglima Tentera Darat, Datuk Seri Zaini Mohd. Said berkata, peristiwa di Sauk dapat diselesaikan dengan mudah kerana keseluruhan anggota kumpulan militan terlibat didapati berada di dalam kawasan kepungan pasukan keselamatan ketika itu.

"Sebagai Panglima Medan ATM ketika itu, ia satu perkara mudah kerana ketika kita harap untuk menangkap kumpulan militan itu dan apabila dikepung, keseluruhan mereka berada di tempat sama," katanya ketika berucap pada Forum Negara anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) di sini hari ini.

Beliau membuat penjelasan itu ekoran kenyataan rakan seperjuangannya, Tan Sri Md. Hashim Hussein yang sebelum ini berkata, pencerobohan Lahad Datu sepatutnya boleh diselesaikan dalam masa singkat dengan mengambil peristiwa serangan militan di Sauk sebagai perbandingan. 

- UTUSAN


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP