IKEA hentikan jualan lasagne moose kerana ada daging babi
Tweet
STOCKHOLM - Pengeluar perabot terbesar dunia, IKEA semalam menyatakan, pihaknya telah menghentikan jualan lasagne moose selepas mendapati produk itu mengandungi daging babi.
SELEPAS masalah bebola daging yang dicemari daging kuda, IKEA kini terpaksa menghentikan jualan lasagne moose kerana didakwa mengandungi daging babi
STOCKHOLM - Pengeluar perabot terbesar dunia, IKEA semalam menyatakan, pihaknya telah menghentikan jualan lasagne moose selepas mendapati produk itu mengandungi daging babi.
Lasagne moose sebanyak 10,000 tan itu dihasilkan oleh pembekal IKEA. Jualannya dihentikan di semua cawangan IKEA di 18 buah negara Eropah selepas ujian yang dilakukan oleh pihak berkuasa Belgium pada bulan lalu mendapati ada unsur daging babi di dalamnya.
"Kami menerima pengesahan pada Jumaat bahawa satu siri produksi makanan itu dicemari hirisan kecil daging babi. Kuantitinya sangat kecil, kira-kira satu peratus," kata jurucakap IKEA, Tina Kardum.
Lasagne yang tercemar itu dikatakan berjumlah 17,000 pek.
Pada Februari, IKEA menghentikan jualan bebola daging kerana mendapati sebahagiannya mengandungi daging kuda.
- Reuters (kosmo! Online)
1 Merujuk kepada perkara diatas :
Ikea kat Malaysia bebas dari babi ker?? hahahaha.. elok la kita sama2 hentikan makan bebola kat Ikea ni..
sEDIH >>KISAH USTAZ KAZIM ELIAS DI HINA DI HARI RAYA
Serius >>PENIAGA MAKANAN WAJIB TAHU PASAL NI
hampeh >>PERAH JUS OREN MACAM PERAH SANTAN, GILA GELI!
Hangat >>AKSI PORNO DALAM FILEM MELAYU
Catat Ulasan