GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 7 April 2013

#PRU13 : Manifesto BN,Rakyat Bakal Nikmati BR1M Lebih Lumayan


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) pada Perhimpunan Janji 1Malaysia sempena Majlis Pelancaran Manifesto BN di Stadium Putra Bukit Jalil di Kuala Lumpur, malam Sabtu. Foto NORAFIFI EHSAN / THE STAR
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) berjanji untuk menaikkan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang bagi menangani kos sara hidup, jika parti komponen itu terus diberi mandat memerintah.
BN dalam manifestonya yang bertajuk 'Menepati Janji, Membawa Harapan' yang dilancarkan Pengerusinya Datuk Seri Najib Tun Razak di sini malam Rabu, turutberjanji untuk mempertingkatkan bantuan Baucer Buku 1Malaysia kepada RM300 daripada RM250 pada masa ini, dan juga Bantuan Persekolahan daripada RM100 kepada RM150.
BN juga berjanji untuk menyediakan lebih banyak Pusat Jagaan Harian 1Malaysia untuk ibu bapa bekerja, dan membuka Klinik 1Malaysia di dalam kawasan komuniti padat penduduk.
Dalam usaha membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup, BN juga berjanji untuk membuka lebih banyak Kedai Rakyat 1Malaysia dengan memperkenalkan lebih banyak produk 1Malaysia yang digerakkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta, yang akan turut dipasarkan di stesen minyak dan pasar raya besar.
BN juga akan melaksanakan dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas.
BN juga berjanji untuk menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus, serta meningkatkan daya saing kereta nasional.
Selain itu, yuran jalur lebar akan diturunkan sekurang-kurangnya 20 peratusdengan jaminan bandwidth internet. 
- BERNAMA ( mStar Online )

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP