GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 17 Mei 2013

6 Fakta Unik tentang air Mani


Sekali ejakulasi, seorang lelaki boleh menghasilkan kira-kira 200 juta sel sperma. Jadi meski kecil, sel ini mempunyai peranan sangat penting dalam menentukan berjaya tidaknya sebuah proses pembiakan. Tapi tak banyak yang tahu lebih mendetail tentang sel lelaki ini.

Untuk itu semak enam fakta unik tentang sperma seperti halnya dipetik dari LiveScience, Rabu (15/5/2013) berikut ini.

1. Sperma boleh dipengaruhi pola makan

Beberapa kajian mendedahkan bahawa nutrisi tertentu baik bagi kualiti dan kuantiti sperma. Salah satunya, menurut sebuah kajian terhadap tikus didapati bahawa asid lemak yang ada dalam ikan yang disebut dengan docosahexnoic acid (DHA) bersifat esensial bagi pembentukan sperma.

Kemudian pada bulan Oktober 2011 dalam jurnal Biology of Reproduction, penyelidik menjelaskan betapa kritisnya DHA terhadap pembentukan sperma kerana DHA mengubah sperma berkepala bulat yang sudah usang menjadi 'perenang' yang kuat dengan kepala berbentuk kon dan dilengkapi dengan protein-protein pembuka sel telur.

Sebuah kajian yang dilakukan oleh Lawrence Berkeley National Laboratory, Department of Energy, AS mendapati bahawa lelaki berusia di atas 44 tahun yang rutin mengambil vitamin C dengan kadar tinggi berpeluang mengalami kerosakan DNA sperma 20 peratus lebih kecil berbanding rakan-rakannya yang mengambil vitamin C lebih sedikit .

Kesan yang sama juga diperlihatkan oleh antioksidan, vitamin E, seng dan folate, seperti halnya dilaporkan dalam jurnal Fertility and Sterility pada tahun 2012.

2. Bentuknya lucu

Sperma yang sihat mempunyai kepala yang bujur dan halus serta ekor yang cukup panjang. "Tapi dengan kriteria sperma sihat yang seperti itu, hanya satu pertiga sperma lelaki yang kelihatan normal. Itu artinya, bagi kebanyakan lelaki, sebahagian besar sperma mereka berbentuk lucu," tandas Dr. Craig Niederberger dalam blog tentang kesuburan lelaki miliknya, Male Health.

Kalaupun terjadi kecacatan, ada tiga bahagian sel sperma yang akan mengalaminya iaitu kepala, 'leher', ekor atau kombinasi ketiganya. Misalnya, sperma yang cacat itu mempunyai dua kepala; kepala yang terlalu kecil atau terlalu besar; 'leher' atau ekor yang bengkok, rosak atau bergelung; atau ekor yang berjumlah lebih dari satu.

Namun belum ada pakar yang mengetahui apakah anomali sperma ini berpengaruh terhadap kualiti sperma itu sendiri atau tidak.

3. Dijumpai oleh ilmuwan asal Belanda

Sperma baru ditemui pada tahun 1677 ketika seorang saintis penemu mikroskop asal Belanda bernama Antony van Leeuwenhoek mengaku melihat 'animalcules' yang bergerak seperti belut dalam salah satu sampel semennya sendiri di bawah kanta mikroskop. (Saat itu juga van Leeuwenhoek langsung memastikan kepada para pembacanya bahawa sampel tersebut berasal dari 'kelebihan' sperma yang diperolehnya setelah berhubungan seksual, bukannya masturbasi).

"Tubuhnya bulat, tapi tumpul di bahagian depan serta dilengkapi dengan ekor yang tipis dan panjang," tulis van Leeuwenhoek dalam laporan awalnya.

4. Disalahartikan fungsinya sejak ditemukan pertama kali

Antony van Leeuwenhoek boleh dikatakan sebagai penemu sperma pertama, namun ia salah mengartikan bagaimana cara kerja sperma yang kini diketahui berfungsi untuk menyuburkan sel telur. Faktanya, menurut buku A Mind of its Own: A Cultural History of the Penis "(The Free Press, 2001), proses persenyawaan sendiri belum dapat terbukti hingga tahun 1879.

Pasalnya pada tahun 1600-an, para saintis percaya jika manusia terbentuk di dalam sel telur atau sperma. Bahkan sekumpulan saintis yang disebut dengan 'spermist' ini mendakwa boleh melihat humanoid yang sangat kecil di dalam kepala sel sperma. Mereka juga berpendapat bahawa wanita hanyalah berfungsi sebagai 'inkubator' bagi benih yang dimiliki para lelaki.

5. Agar boleh menyuburkan, sperma harus dibantu sel telur

Meski dianggap sebagai 'perenang' yang kuat, tapi mereka memerlukan bantuan ketika akan menembusi sel telur. Semburan hormon progesterone yang dihasilkan oleh alat kelamin wanita akan mendorong sperma agar dapat menggoyangkan ekornya. Hal ini tujuannya agar sperma boleh terdorong masuk ke dalam membran sel telur yang protektif.

Sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature pada tahun 2011 pun memastikan adanya sebuah protein bernama capster di dalam sel sperma yang bertanggung jawab untuk menerima isyarat dari hormon wanita tersebut.

6. Lelaki macho tak selalu punya sperma super

Para wanita cenderung tertarik pada lelaki dengan suara yang dalam dan jantan. Tapi sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal PLoS ONE pada bulan Disember 2012 mendapati bahawa lelaki macho belum tentu mempunyai kualiti sperma yang lebih baik daripada lelaki yang pitch suaranya tinggi. Bahkan faktanya, kepekatan lelaki yang suaranya dalam itu lebih rendah daripada lelaki yang suaranya nyaring atau tinggi.

* Sumber detikHealth


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP