Ada Orang Bunian tinggal bersama Mawi ?
Tweet
Mawi tidak berhasrat untuk berpindah rumah lain selepas ada seorang lelaki mendakwa kediamannya didiami oleh dua makhluk bunian.
PETALING JAYA: Penyanyi Asmawi Ani atau Mawi tidak berhasrat untuk berpindah daripada kediamannya di Bangi Golf Resort dekat sini gara-gara seorang lelaki mendakwa ternampak sepasang orang bunian tinggal di rumahnya.
Mawi, 32, berkata, semenjak kejadian itu berlaku April lalu tiada sebarang kejadian pelik terjadi di rumahnya dan berserah kepada Allah terhadap sebarang kemungkinan.
"Itu dakwaan lelaki tersebut yang kita tidak tahu sama ada benar atau pun tidak. Saya bagaimanapun tidak berhasrat untuk berpindah kerana perkara itu.
"Alhamdulillah setakat ini keadaan rumah berada dalam keadaan baik dan tidak pernah berlaku sebarang kejadian aneh," katanya kepada mStar Online ketika ditemui baru-baru ini.
Pada kejadian itu, seorang lelaki warga Indonesia yang bekerja sebagai buruh berusia 40-an bertindak memecahkan tingkap dapur rumah juara program Akademi Fantasia itu dan mendakwa melihat kelibat sepasang orang bunian berlegar-legar dalam rumah penyanyi itu.
Dalam pada itu, Mawi berkata, kes berkenaan telah pun diserahkan kepada pihak polis untuk disiasat dan berharap kejadian serupa tidak berulang lagi.
"Ini adalah kali kedua rumah saya dimasuk orang dan walaupun dia mendakwa ternampak bunian dalam rumah, saya tetap serahkan dia kepada pihak polis kerana menceroboh kediaman saya," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mawi berkata, dia teruja dapat bertindak sebagai juri dalam program Ceria Popstar bersama penyanyi Nurul Wahab dan akan sedaya upaya membimbing para peserta program itu.
Ceria Popstar bakal bersiaran setiap hari Ahad bermula 5 Mei ini pada pukul 11.30 pagi di saluran Astro Ceria.
* Sumber mStar Online
2 Merujuk kepada perkara diatas :
ye ye je dia kata nampak bunian.. ntah2 nak merompak. Kalau ada bunian boleh halau.. rawatan Islam pun ada kaedah mengusir mahluk halus dalam rumah kita.. yang sampai pecah tingkap umah orang tu napa?? tak boleh ketuk & bagitau elok2 ker
TV >>JJCM JANGAN PERMAINKAN TEKAK PENONTON BOLEH TAK??
Wow >>Ini Kalilah.. Jom Ubah & Dapat RM20K tu.. Sapa Nak??
Hawa >>UMNO kecewakan Datuk Kamila, Tapi Ini takkan kecewakan mana2 wanita. Jom Tengok
Tips>>Nak jimat space dalam music files hp,tablet & PC. Try ni
Terbaik >>Jom Tengok Kelebihan Samsung Galaxy S4
Hot >>PTPTN.. Hapus atau Kekal?Jom Tengok Kata dia
Dakwaan ande makne tu...
Catat Ulasan