GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 13 Mei 2013

Ahad hari terakhir bersihkan bahan kempen #PRU13


KUALA LUMPUR - Parti politik dan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) perlu membersihkan semua jenis bahan kempen mereka selewat-lewatnya Ahad ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, sekiranya bahan kempen itu tidak dibersihkan, wang deposit bahan kempen iaitu RM5,000 bagi calon parlimen dan RM3,000 bagi calon Dewan Undangan Negeri, tidak akan dipulangkan.
"Saya berharap parti politik atau calon yang bertanding mengambil tanggung jawab membersihkan bahan kempen masing-masing selewat-lewatnya 14 hari selepas hari mengundi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh berkata, UMNO dan anggota Barisan Nasional (BN) yang lain kini giat menjalankan kerja pembersihan bahan kempen.
"Kerja menurunkan bahan kempen berjalan lancar, kami telah minta bahagian Umno di seluruh negara menyelesaikan kerja itu sebelum Ahad ini. Kami harap semua selesai nanti,” katanya. 
- Bernama

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP