GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 1 Mei 2013

Baju ajaib bagi golongan sibuk



Baju dihasilkan syarikat Wool and Prince tidak perlu digosok dan dibasuh selama 100 hari, namun ia tetap kekal bersih, tidak berkedut dan tidak berbau. - Age


NEW YORK 30 April - Individu yang sentiasa sibuk, terutama golongan lelaki yang tidak berkesempatan membasuh atau menggosok baju sendiri dan terpaksa berbelanja besar untuk menghantar pakaian ke dobi, kini boleh berasa lega kerana sudah ada 'baju ajaib' yang memudahkan mereka.

Sebuah syarikat pakaian Amerika Syarikat (AS), Wool and Prince kini tampil menyelesaikan masalah itu apabila menghasilkan 'baju ajaib' yang tidak perlu dibasuh dan digosok selama 100 hari.

Menurut jurucakap syarikat itu, baju tersebut diperbuat daripada bulu biri-biri berkualiti dan lebih kuat berbanding benang biasa dihasilkan daripada kapas.

Jelasnya, pakaian bulu itu juga tidak menyerap bau serta mengurangkan tahap bakteria yang melekat pada kulit pengguna.

Malah katanya, pengguna tidak perlu mengosok baju berkenaan kerana bahan yang digunakan tidak akan menyebabkan baju itu berkedut dalam apa jua keadaan.

"Baju yang diperbuat daripada bulu biri-biri mampu bertahan lebih lama berbanding benang biasa.

"Ujian makmal menunjukkan fabrik bulu tidak putus, walaupun selepas ditarik lebih 20,000 kali berbanding benang biasa yang putus selepas ditarik sebanyak 3,200 kali," jelasnya.

Seorang penguji baju itu, Aaron Flack berkata, dia merenyuk baju tersebut hingga berbentuk bola dan meletakkannya di dalam beg.

"Saya membawa beg berkenaan mengelilingi bandar untuk tempoh yang lama dengan tujuan mengedutkan baju itu.

"Namun, selepas saya membuka semula baju tersebut, ia tidak berkedut dan sedia dipakai pada bila-bila masa," katanya.

Baju ajaib tersebut mula dijual kepada pelabur pada harga 63 pound (RM295). 

- AGENSI ( Utusan )


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP