GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 1 Mei 2013

#PRU13 : Tok Mun tetap kempen walaupun tahu 'jalan berliku'

Tok Mun
KUALA TERENGGANU - Calon tertua di Terengganu, Maimun Yusuf, 94 tahun, yang bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Kuala Terengganu tetap giat berkempen walaupun dengan hanya berbasikal dan berjalan kaki untuk meraih undi.
Usia tua bukan halangan untuk beliau melakukan semua itu dan masih aktif berkempen dari rumah ke rumah secara bersendirian terutama di kalangan kenalan rapat.
Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Tok Mun berkata dia lebih selesa berkempen di kalangan kenalannya sahaja ia lebih menyenangkan dan dapat menarik perhatian untuk mengundinya pada PRU nanti.
"Tok berjalan atau menaiki basikal untuk berkempen. Tok berkempen pun sorang-sorang. Tok tidak pernah menyusahkan orang lain. Semuanya Tok lakukan sendiri dengan bantuan mereka yang ikhlas menolong Tok.

Tok masih kuat untuk berjalan, kalau rasa sakit-sakit badan, Tok makan majun.
“Biarlah.. Tok lebih selesa berkempen dengan menaiki basikal begini,” katanya yang kini menghentikan seketika aktiviti menjual kain bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada proses berkempen," katanya ketika ditemui Bernama di sini.
Tok Mun menjelaskan keputusan bertanding untuk kali kedua ini bagi menunaikan amanah orang lama.
Sementara itu beliau meluahkan perasaan sedih apabila markas kempen yang ditubuhkan di Jalan Panji Aka menjadi mangsa khianat apabila poster yang dipasang dirosakkan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Namun beliau lebih selesa berdiam diri dan melaporkan perkara itu kepada pihak polis dan kini hanya mempunyai satu markas di Kampung Chabang Tiga.
Warga emas yang pernah menggemparkan negara pada PRU12 selepas menjadi calon bebas Parlimen Kuala Terengganu sekali lagi memilih lambang 'kunci' pada PRU kali ini.

"Biasanya, jumlah bajet yang Tok belanja Tok akan tahu setelah selesai PRU, tahun 2008 hampir RM15,000 duit Tok belanjakan dan tahun ini mungkin hampir RM30,000," katanya.
Pada PRU 2008, Tok Mun hanya mendapat 685 undi dan hilang wang pertaruhan.

- Bernama (sinarharian)


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP