Sajian dari Tong Sampah
Tweet
Sejak empat tahun lalu, tempat pembuangan sampah adalah lokasi kegemaran bagi Kelly Athena kerana ia membekalkan pelbagai bahan keperluan untuk hidangan sehariannya.
Dia mempelajari amalan itu selepas menonton sebuah filem dokumentari mengenai sekumpulan orang yang menyelongkar bahan buangan di luar kedai, restoran dan pasar raya untuk mendapatkan makanan luput tarikh.
Sejak itu, Kelly memperoleh pelbagai barang makanan bernilai hampir RM381,500 dari tong sampah, malah dia turut menggunakan bahan itu untuk menyediakan hidangan kepada rakannya. Bagaimanapun, amalan Kelly itu menyebabkan suaminya enggan dikenali atau dipaparkan wajahnya di televisyen. Kata suami Kelly, dia berasa malu atas perbuatan isterinya menyelongkar tong sampah bagi mendapatkan makanan.
“Saya sentiasa ketakutan jika satu hari nanti polis menghubungi saya,” katanya.
Perbuatan mencari bahan terbuang tidak dilarang di Arizona, tetapi beberapa perniagaan mungkin boleh menyaman Kelly yang sering menyamar sebagai pekerja sesebuah syarikat bagi mengelak aktivitinya disedari.
Walaupun berdepan tindakan undang-undang, Kelly sanggup memandu sejauh hampir 50 kilometer sehari bagi memeriksa 20 tempat pembuangan sampah berbeza.
Secara purata, Kelly membawa pulang 12 kotak makanan sehari.
Peti sejuk Kelly pula sentiasa penuh dengan bekalan makanan yang lazimnya sudah luput tarikh, tetapi diyakininya masih sesuai dimakan.
Namun, dia tidak memberitahu mana-mana rakannya mengenai aktiviti itu sehinggalah dia menjemput sebahagian daripada mereka untuk menghadiri parti diadakannya. Kelly kemudian menghidangkan makanan daripada bahan buangan itu kepada tetamunya.
Antara hidangan itu ialah piza yang sudah luput tarikh selama empat bulan bersama keju yang sudah dua minggu melepasi tarikh luput. Kata Kelly, kebanyakan rakannya memuji hidangan itu.
“Mereka memakan semuanya seperti biasa tetapi terkejut apabila diberitahu saya memperoleh bahan itu dari tong sampah,” katanya.
* Sumber
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan