GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 2 Julai 2013

Doktor simpan tulang pesakit selama 47 tahun untuk kenangan perang

Houston: Seorang doktor Amerika Syarikat yang menyimpan tulang tangan pesakit yang dipotong untuk dijadikan kenang-kenangan perang, mengembalikannya kepada lelaki terbabit 47 tahun kemudian.
Dr Sam Axelrad membawa pulang tulang tangan lelaki Vietnam itu pada 1966 selepas rakannya merebus anggota badan itu untuk menanggalkan semua daging dan otot yang ada padanya.
Tulang itu kemudian disusun semula seperti sepatutnya sebelum diserahkan kepada Axelrad sebagai cenderahati. Semalam melaporkan, Axelrad mengunjungi Vietnam sekali lagi untuk bertemu dengan lelaki pemilik tangan berkenaan, Nguyen Quang Hung, 73, yang pernah berkhidmat sebagai tentera Vietnam Utara.
Axelrad berkata, pada 2011 dia menemui tulang berkenaan dalam beg tentera di rumahnya yang dibiarkan selama beberapa dekad. Katanya, dia membawa pulang tulang tangan sebagai kenang-kenangan.
“Tetapi saya tidak melihatnya bertahun-tahun kerana ia boleh mengingatkan saya kepada pengalaman zaman perang,” katanya. Selepas terjumpa tulang berkenaan, kata Axelrad dia berusaha mengesan lelaki terbabit dan cuba memulangkannya.
Sementara itu, Quang Hung berkata, dia pelik kerana ada doktor yang mahu menyimpan tulang manusia sebagai cenderahati.
Foto
AXELRAD (kiri) menunjukkan tulang tangan kanan Quang Hung.
Bagaimanapun, dia gembira kerana mendapat semula bahagian anggota badannya yang dipotong.
“Tangan saya terpaksa dipotong kerana dijangkiti kuman selepas terkena tembakan tentera AS,” katanya. Axelrad bertemu Quang Hung di bandar An Khe, dekat Qui Nhon semalam. Quang Hung ditembak pada Oktober 1966 dalam serang hendap kira-kira 74 kilometer dari An Khe di tengah Vietnam.
Selepas terapung-apung mengikut aliran sungai, dia berlindung di kawasan gudang padi selama tiga hari sebelum dibawa helikopter tentera AS untuk mendapatkan rawatan. 
- Agensi (myMetro)


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP