GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 1 Julai 2013

Padah tegur lelaki yang mengurat teman wanita

imej google
Johor Bahru: Akibat menegur kelakuan sekumpulan lelaki mabuk yang mengurat teman wanitanya, seorang lelaki maut dibelasah di luar sebuah pusat hiburan di Jalan Kebun Teh di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa Ong Kien Chong, 27, yang juga pekerja bahagian logistik sebuah syarikat swasta dari Perak, dikatakan berhibur bersama teman wanitanya selepas selesai urusan kerja di bandar raya ini.
Mangsa dikatakan berhibur di pusat hiburan berkenaan bersama beberapa rakan lelaki, dua wanita termasuk teman wanitanya sebelum tiga lelaki di meja sebelah mengurat dua wanita berkenaan. Perbuatan itu tidak disenangi mangsa dan rakannya sebelum mereka menegur kumpulan lelaki terbabit.
Malangnya, teguran bertukar pertengkaran sebelum mereka bertumbuk di dalam pusat hiburan itu. Keadaan bertambah buruk apabila kumpulan lelaki (suspek) dipercayai memanggil beberapa rakannya menunggu di luar pusat hiburan itu, sebelum membelasah mangsa dan dua rakan lelakinya menggunakan parang dan kayu ketika mangsa keluar dari pusat hiburan berkenaan.
Perbuatan itu menyebabkan mangsa dan rakannya cedera parah sebelum cuba melarikan diri dan ditemui orang ramai kira-kira satu kilometer dari pusat hiburan itu dalam keadaan berlumuran darah.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) menggunakan ambulans dan disahkan meninggal dunia pada jam 6.15 pagi semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, polis menerima panggilan kecemasan pada kira-kira jam 4 pagi berkaitan seorang lelaki berlumuran darah ditemui di hadapan sebuah hotel di Majidee, di sini.
* Sumber myMetro


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP