GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 23 Julai 2013

Putera William,Kate Middleton Dikurnia Anak Lelaki

Orang ramai berkumpul untuk melihat keadaan di perkarangan Istana Buckingham di London pada Isnin (waktu London) bagi menanti pengumuman kelahiran bayi lelaki kepada pasangan Putera William dan Duchess of Cambridge, Catherine atau Kate Middleton. Kate pada Isnin melahirkan seorang bayi lelaki yang akan bergelar pewaris takhta Britain, kata Istana Kensington dalam satu kenyataan. Foto AFP
LONDON: Pasangan diraja Britain, Putera William dan isterinya Kate meraikan kegembiraan selepas Kate melahirkan seorang anak lelaki.
Dengan sorakan orang ramai yang memenuhi di hadapan Istana Buckingham bagi menyaksikan pengumuman bahawa Duchess of Cambridge telah melahirkan pewaris lelaki yang sihat seberat 3.8 kilogram.
Bayi yang belum dinamakan itu merupakan kini berada pada keturunan ketiga secara langsung berturut-turut selepas anak Ratu Elizabeth II yang sulung dan pewaris Putera Charles, dan kemudian anak sulungnya William.

"Kita amat gembira," kata William, yang merupakan anak Charles dan mendiang Puteri Diana, dalam satu kenyataan ringkas.
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan isterinya Michelle membawa perutusan antarabangsa dengan "sambutan yang meriah" manakala Kanada adalah yang pertama untuk mengucapkan atas kelahiran pewaris takhta itu.
Kate Middleton, 31, menghabiskan sepuluh jam dalam bilik bersalin selepas beliau dan William berada di Hospital London St Mary, Paddington, di tengah London.
"Yang Teramat Mulia The Duchess of Cambridge telah selamat melahirkan seorang anak lelaki pada 16:24 (waktu London)," kata Istana Kensington dalam satu kenyataan hanya lebih empat jam selepas Kata melahirkan anak lelakinya.
"Bayi ini mempunyai berat 3.8 kilogram."Tempat kelahiran bayi milik pasangan diraja itu adalah hospital yang sama di mana mendiang Puteri Diana melahirkan William pada tahun 1982. 
- AFP (mStar Online)


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP