GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 28 Ogos 2013

Implan payudara PIP jejas kesihatan

Implan payudara  PIP jejas kesihatan


Virginia Luna (kanan) menunjukkan dokumen saman ke atas syarikat PIP yang dikemukakan 300 wanita Argentina, manakala di sebelah beliau Gabriela Albela salah seorang plaintif di dalam kes berkenaan. Gambar kanan menunjukkan keadaan implan yang pecah.

Buenos Aires: Kira-kira 300 wanita di Argentina yang menghadapi masalah dengan implan payudara semalam memfailkan saman ganti rugi ke atas tiga firma Eropah berjumlah AS$54.7 juta (RM182.2 juta), kata peguam. 

Kami sudah memfailkan saman ke atas syarikat Poly Implant Protheses (PIP) dari Perancis, bahagian kawalan kualiti syarikat TUV Rheinland dari Jerman dan syarikat insurans Jerman Allianz, kata Virginia Luna. 

Beliau juga memberi amaran jumlah saman yang dikemukakan mungkin meningkat kerana kira-kira 15,000 wanita dipercayai memakai implan PIP di Argentina saja. 

Dalam satu sampel yang diambil dikalangan 500 wanita, 19 peratus daripada mereka didapati mengalami masalah implan pecah, menyebabkan gel di dalamnya mengalir ke bahagian bawah lengan, leher, kepala dan paru-paru sehingga menjejaskan kesihatan, katanya. 

Tidak beracun 

Berita mengenai kegagalan implan payudara yang mula tersebar pada pada 2011 menimbulkan kebimbangan di seluruh dunia, tetapi pihak berkuasa kesihatan di beberapa negara menyatakan bahawa bahan prostetik di dalam implan itu tidak beracun atau meningkatkan risiko barah payudara. 

Aktivis kesihatan berkata, doktor di Perancis sudah membuang implan PIP 15,000 wanita di negara itu dan mendapati kira-kira 25 daripada mereka mengalami masalah implan bocor atau pecah. 
Agensi Keselamatan Perubatan Kebangsaan (ANSM) berkata sejumlah 16,426 wanita sudah menjalani pembedahan membuang implan payudara mereka sejak penyiasat mendapati ia mempunyai risiko dua kali ganda untuk pecah kerana PIP menghasilkannya menggunakan silikon industri. 

Pengasas PIP Jean-Claude Mas, 73, sudah didakwa dengan pembunuhan dan penipuan. Implan keluaran PIP juga diharamkan manakala syarikat terbabit dibubarkan. 

AGENSI (BH)


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP