GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 19 Ogos 2013

Jual senjata api menerusi Facebook

imej google

KUALA LUMPUR - Bukan sahaja murah tetapi juga senang diperoleh, itu tanggapan yang dapat diungkap terhadap dua akaun Facebook yang mendakwa menjual senjata api dalam talian, di negara ini.
   
Satu daripada akaun itu mendakwa menawarkan pelbagai senjata api termasuk pistol, revolver dan 'assault rifle' dalam lingkungan harga antara RM500 dan RM15,000.
   
Menurut akaun Facebook itu, raifal AK-47 dijual dengan harga RM12,000 manakala pistol Smith & Wesson RM500 dan revolver termasuk dua kotak peluru dijual pada harga RM15,000.
 
Satu lagi akaun Facebook mendakwa menawarkan kira-kira 10 jenis senjata api antaranya E&C M16A4, airsoft gun Tercel M1911 serta S&T Mosin Nagant Gas Rifle (Real Wood) dengan harga antara RM600 dan RM1,250.
   
Berdasarkan gambar yang dipapar, senjata terbabit menyerupai senjata sebenar.

Akaun Facebook itu diwujudkan Februari lalu dan mendapat 688 'likes' di samping menjadi topik perbualan 141 pengguna yang melayari akaun berkenaan.
   
Pengendali akaun juga dapat dihubungi menerusi nombor telefon mudah alih yang dipapar pada akaun itu serta memberi respons kepada khidmat pesanan ringkas yang dihantar oleh wartawan Bernama ini.
   
Kewujudan dua akaun Facebook itu menimbulkan persoalan mengenai penguatkuasaan undang-undang di negara ini apabila orang ramai dilihat dapat memperoleh senjata api dengan mudah tatkala kejadian tembak meningkat kebelakangan ini.
   
Sepanjang Julai lepas beberapa kes tembak dilaporkan termasuk yang berprofil tinggi membabitkan pengasas Ambank Hussain Ahmad Najadi yang maut ditembak ketika keluar dari sebuah tokong di Lorong Ceylon dekat sini.
   
Sehari sebelum itu pada 28 Julai, aktivis pemantau jenayah R. Sri Sanjeevan parah ditembak dua lelaki dalam kejadian di Bahau, Negeri Sembilan.
   
Pada 5 Julai seorang guru di Kelantan cedera parah selepas ditembak di leher.
   
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika diminta mengulas mengenai kewujudan akaun terbabit, berkata pihaknya akan menyiasat mengikut Seksyen 11 Akta Senjata 1960 jika benar mereka menawar dan menjual senjata api di negara ini.
   
"Jual senjata api tanpa lesen yang sah adalah kesalahan serius," katanya yang dihubungi Bernama.
   
Sementara itu, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata tindakan mereka yang menjual senjata api secara terbuka menunjukkan mereka tidak gentar dengan undang-undang sedia ada.
   
"Hukuman berat perlu dikenakan supaya mereka tidak sesuka hati menjual senjata api.
   
"Malahan, sebagai negara yang mempunyai undang-undang ketat, pihak berkuasa dan kerajaan juga harus menjalankan siasatan terperinci agar mereka dapat ditahan dan menjadi pengajaran kepada penjenayah lain," katanya. 

 - Bernama


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP