GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 22 Ogos 2013

Kelewatan Ambulan punca bayi mati


Bella Hellings, tiga bulan bersama ibunya, Amy Carter. - Agensi

LONDON 21 Ogos - Seorang bayi berusia 17 minggu meninggal dunia gara-gara kelewatan sebuah ambulans untuk tiba di lokasi kecemasan akibat tersesat dan terpaksa mengisi minyak.


Dalam kejadian pada 11 Mac lalu, ibu mangsa, Amy Carter menghubungi talian kecemasan 911 apabila bayinya, Bella Hellings mengalami serangan sawan dan berhenti bernafas di rumahnya di Thetford, Norfolk, timur England.

Carter berkata, ambulans yang dihantar oleh Perkhidmatan Ambulans Timur England (EEAST) mengambil masa selama 26 minit untuk tiba di rumahnya, berbanding masa sepatutnya iaitu lapan minit.

Katanya, krew ambulans tersebut turut tersesat sebanyak beberapa kali ketika membawa anaknya ke Hospital West Suffolk di Bury St Edmunds.

"Sebaik-baik tiba di hospital, doktor mendapati anak saya tidak bernafas hampir sejam dan disahkan meninggal dunia.

"Saya juga kecewa dengan sikap paramedik yang tidak sensitif kerana bergurau tentang lutut ketika menurunkan anak saya.

"Malah semasa perjalanan pulang ke rumah, mereka seolah-olah tiada perasaan terhadap kematian anak saya dan berbual tentang rancangan cuti hujung minggu," katanya.

Siasatan EEAST mendapati, sebuah ambulans berada lapan kilometer dari lokasi kejadian, namun tidak dihantar untuk membawa mangsa.

Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan menetapkan, ambulans perlu tiba di lokasi kecemasan dalam tempoh lapan minit apabila melibatkan kes kritikal.

Satu siasatan secara menyeluruh berhubung kematian Hellings akan diadakan pada bulan depan. 

- AGENSI (Utusan )

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP