GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 9 Ogos 2013

Kenderaan rasmi Yang di-Pertuan Agong terbabit kemalangan

IPOH: Kenderaan rasmi Yang di-Pertuan Agong yang sedang menghala ke utara terlibat kemalangan dengan kenderaan pengiringnya di Km368.9, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur keluar Slim River, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Supt Osman Nayan berkata bagaimanapun dalam kejadian kira-kirajam 11.30 pagi itu, hanya pemandu rasmi bersendirian dalam kereta Mercedes Benz itu. 
"Kereta pengiring cuba mengelak daripada melanggar sebuah kereta lain yang tidak dipastikan nombor pendaftarannya apabila pemandunya memperlahankan kereta secara tiba-tiba. 

"Oleh kerana jarak terlalu dekat pemandu kereta pengiring turut membrek sebelum dilanggar dari arah belakang oleh pemandu kereta rasmi Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Katanya kejadian itu berlaku di laluan lurus dan permukaan jalan adalah kering dan berstruktur baik.
Beliau berkata kereta rasmi terbabit mengalami kerosakan di bahagian hadapan manakala kereta pengiring turut terjejas di bahagian belakang. 

Pemandu kenderaan rasmi itu dan dua anggota pengiring terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya. 
- Bernama

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP