GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 26 Ogos 2013

Kes Benjy Miliki Dadah Disebut Semula 11 September Depan

Gambar fail Benjy didakwa atas tuduhan memiliki dadah seberat 4.7 gram dadah jenis pada Jun lalu. - FotoBERNAMA<
KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Ampang pada Isnin menetapkan 11 September untuk sebutan semula kes pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy dan lima rakannya atas tuduhan memiliki dadah.
Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan peguam Farhan Read dan peguam P.G Cyril untuk menarik diri daripada mewakili anak guam mereka.
Terdahulu, Farhan memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau menarik diri daripada mewakili Imran Radzi Ibrahim dan perkara itu telah dimaklumkan kepada anak guamnya.
Cyril juga memberitahu mahkamah beliau menarik diri daripada mewakili anak guamnya, Asmanizam Mohamed Akhir dan Norazila Arzami selepas tidak menerima arahan lanjut untuk mewakili pasangan suami isteri itu.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene memaklumkan pihaknya akan meminda pertuduhan yang dihadapi kesemua tertuduh tetapi perkara itu akan dikemukakan pada 11 September ini.
Benjy, 34, bersama lima rakannya, Zain Amir Zainal Khairi, 37, Imran Radzi, 32, Asmanizam, 32, Norazila, 27, dan Afifi Hamidi, 27, didakwa memiliki beg mengandungi 4.7 gram methamphetamine di Oakleaf Park Condo, Blok C, Persiaran Bukit Jaya, Taman Bukit Jaya, Hulu Kelang pada 11.30 pagi 26 Jun lepas.
Bagaimanapun, Zain Amir mengaku bersalah manakala Benjy serta empat yang lain minta dibicarakan.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 jika sabit kesalahan. 
- BERNAMA

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP