GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 23 Ogos 2013

Kumpulan Pertama Pelajar Malaysia di Mesir Selamat Tiba di Tanah Air

Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan menyambut ketibaan kumpulan pertama pelajar Malyasia di Mesir yang dibawa pulang melalui Ops Piramid 2 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis. Dari kiri, Ellyeen Nur Atiqah Mohd Salleh, Said Mubarak Said Ahmad, Balqis Mohd Sharif, Azka Rafiuddin Ramli and Muhammad Yusuf Muhammad Razif. -Foto THE STAR OLEH: SAHAR MISNI
SEPANG: Kumpulan pertama pelajar Malaysia di Mesir selamat tiba di tanah air.
Enam pelajar termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun diterbangkan pulang dengan menaiki pesawat Egypt Air daripada Mesir tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 6.36 petang Khamis.
Kumpulan berkenaan merupakan sebahagian daripada 3,300 pelajar yang dibawa pulang melalui Ops Piramid II selepas situasi di Mesir bertambah buruk dan dilihat mengancam keselamatan pelajar Malaysia yang menuntut di sana.
Satu lagi kumpulan, yang terdiri daripada lapan pelajar dijangka tiba pada pukul 9.45 malam ini.
Kira-kira 400 pelajar dijangka akan pulang melalui tiga penerbangan esok.
"Operasi pemindahan akan diteruskan hingga 27 Ogos ini," kata Timbalan Menteri Pendidikan,, P. Kamalanathan. Beliau berkata delegasi kumpulan daripada pihak kementerian akan terbang ke Mesir untuk berbincang dengan pihak berkuasa di sana isu berkaitan dengan pendidikan pelajar Malaysia di negara tersebut.
Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP