Lelaki ini Sudah 20 Tahun bertapa dalam Gua Batu
Tweet
BEIJING - Seorang lelaki China memenuhi hasratnya untuk hidup tenang yang ekstrem dengan hidup sebagai petapa di sebuah goa selama 20 tahun terakhir. Lelaki bernama Feng Mingshan (54 tahun) itu harus memanjat tebing menegak setinggi 50 meter untuk mencapai pintu masuk rumahnya yang tidak biasa. Di sebuah goa batu di ketinggian seperti itu, ia bahkan telah membuat sebuah pintu masuk dan memasang tirai.
Feng hijrah dari Kota Gaoba, di Wilayah Shaanxi, China barat laut, tahun 1993, kerana ia tidak mahu berada di dekat orang-orang lain. Sekarang dia tinggal terpencil dan menjauhkan diri dari hampir setiap kemudahan moden, bahkan pakaian. Sejumlah foto menunjukkan petapa itu mendaki dalam keadaan telanjang saat keluar dan masuk goa sambil membawa seikat kayu.
Suadara Feng, iaitu Fen Xueming, berkata, "Saudara saya punya keperibadian yang aneh. Dia tidak mahu berkomunikasi dengan orang lain."
Selama 20 tahun terakhir, dia memperbesar bahagian dalam goanya dan telah memahat pegangan di bahagian luar goa untuk membantu dia memanjat batu-batu curam itu.
Media tempatan melaporkan, Feng awalnya mencari goa itu saat dia masih anak-anak. "Ini sebuah goa kecil ketika saya menemuinya, dan saya memperluasnya sehingga menjadi seukuran sekarang dengan menggunakan palu," katanya sebagai dikutip The Mirror. Dia menambah, "Saya juga membersihkan jalan melalui jurang. Saat musim panas di sini sejuk dan itu bagus."
Warga di kampung-kampung berdekatan mengatakan ia biasanya meninggalkan goa pada malam hari, tetapi ia boleh melakukan pendakian di tebing curam itu dengan mudah.
Walau penduduk setempat terkesan dengan kemahiran mendaki dan mencari makan, kerajaan mahu meletakkan dia ke rumah penjagaan. Dia dilaporkan didiagnosis menderita intermittent psychosis (sebentuk gangguan mental yang membuat orang kehilangan kenalan dengan realiti) dan pernah mendapat rawatan singkat.
Wali Bandar Xu Min yang dikutip The Mirror berkata, mereka terus memantau Feng dan akan cuba memujuknya untuk tinggal di sebuah rumah yang lebih konvensional.
Sumber kompas.com
Feng Mingshan (54 tahun) mesti memanjat tebing menegak setinggi 50 meter untuk mencapai pintu masuk rumahnya yang tidak biasa. | HAP / Quirky China News / Rex Features
Feng hijrah dari Kota Gaoba, di Wilayah Shaanxi, China barat laut, tahun 1993, kerana ia tidak mahu berada di dekat orang-orang lain. Sekarang dia tinggal terpencil dan menjauhkan diri dari hampir setiap kemudahan moden, bahkan pakaian. Sejumlah foto menunjukkan petapa itu mendaki dalam keadaan telanjang saat keluar dan masuk goa sambil membawa seikat kayu.
Suadara Feng, iaitu Fen Xueming, berkata, "Saudara saya punya keperibadian yang aneh. Dia tidak mahu berkomunikasi dengan orang lain."
Selama 20 tahun terakhir, dia memperbesar bahagian dalam goanya dan telah memahat pegangan di bahagian luar goa untuk membantu dia memanjat batu-batu curam itu.
Media tempatan melaporkan, Feng awalnya mencari goa itu saat dia masih anak-anak. "Ini sebuah goa kecil ketika saya menemuinya, dan saya memperluasnya sehingga menjadi seukuran sekarang dengan menggunakan palu," katanya sebagai dikutip The Mirror. Dia menambah, "Saya juga membersihkan jalan melalui jurang. Saat musim panas di sini sejuk dan itu bagus."
Warga di kampung-kampung berdekatan mengatakan ia biasanya meninggalkan goa pada malam hari, tetapi ia boleh melakukan pendakian di tebing curam itu dengan mudah.
Walau penduduk setempat terkesan dengan kemahiran mendaki dan mencari makan, kerajaan mahu meletakkan dia ke rumah penjagaan. Dia dilaporkan didiagnosis menderita intermittent psychosis (sebentuk gangguan mental yang membuat orang kehilangan kenalan dengan realiti) dan pernah mendapat rawatan singkat.
Wali Bandar Xu Min yang dikutip The Mirror berkata, mereka terus memantau Feng dan akan cuba memujuknya untuk tinggal di sebuah rumah yang lebih konvensional.
Sumber kompas.com
1 Merujuk kepada perkara diatas :
peh..tak tahu nak kagum ke tidak nih..
Catat Ulasan