GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 23 Ogos 2013

Seorang Maut, Lima Parah Dalam Kemalangan Jalan Raya Libatkan Bas Sekolah

KEMALANGAN BAS SEKOLAH...Orang ramai membantu menyelamatkan pemandu dan penumpang sebuah bas sekolah yang terbabit dalam kemalangan setelah bertembung dengan lori pembancuh simen di KM45 Jalan Sandakan-Kinabatangan di Sabah pada Jumaay. Ketika kejadian 12.10 tengah hari itu, bas sekolah berkenaan membawa 22 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Segaliud dan Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Dusun yang baru pulang dari sekolah.-Foto BERNAMA
SANDAKAN: Seorang pelajar lelaki maut manakala lima lagi termasuk pemandu bas cedera parah apabila bas sekolah yang mereka naiki bertembung dengan lori pembancuh simen di Km45 Jalan Sandakan-KinabatangaN.
Ketika kejadian pada pukul 12.10 tengah hari itu, bas sekolah berkenaan membawa 15 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Segaliud berusia 13 hingga 16 tahun yang baru pulang dari sekolah.
Pelajar lelaki berusia 13 tahun itu mati di tempat kejadian manakala lima yang parah dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan, kata Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong.
Beliau berkata 10 lagi pelajar dan pemandu lori pembancuh simen itu cedera ringan dan dihantar ke HDOK oleh orang awam yang melalui kawasan itu.
 -BERNAMA

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP