GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 4 September 2013

Aktivis Islam bantah Ratu Dunia

Jakarta: Kira-kira 150 aktivis Islam semalam mengadakan tunjuk perasaan membantah pertandingan Ratu Dunia, beberapa hari sebelum ia bermula di Bali Ahad ini.
Sambil membawa sepanduk berbunyi ‘Miss World Go To Hell’ (Pergi Jahanam Dengan Ratu Dunia), mereka menggesa kerajaan membatalkan pertandingan itu. 
Penunjuk perasaan turut berarak ke pejabat MNC, kumpulan media yang akan menyiarkan pertandingan itu.

“Pertandingan ini hanya mengundang bahaya dan maksiat. Umat Islam perlu bertindak supaya ia dibatalkan,” kata seorang aktivis.
Foto
SEBAHAGIAN aktivis yang mengadakan bantahan terhadap penganjuran Ratu Dunia di Jakarta, semalam.
Pengerusi Majlis Mujahidin Indonesia Irfan Awwas yang turut serta dalam tunjuk perasaan itu berkata: “Kami menggesa perang terhadap Ratu Dunia. Kami mahu kerajaan Indonesia membatalkan pertandingan ini.”
Kemarahan dan bantahan semakin meningkat terhadap keputusan kerajaan untuk menyokong pertandingan itu.

Keputusan penganjur menggugurkan acara berbikini gagal meredakan bantahan dalam kalangan kumpulan Islam yang berikrar untuk mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran apabila pusingan akhir berlangsung di luar Jakarta pada 28 Setember ini. 
- AFP(myMetro)

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP