Peniru Lady Gaga sanggup berbelanja besar
Tweet
TREGO kini mempunyai lebih 40 kostume unik yang direkannya sendiri hasil cetusan idea daripada Lady Gaga.
CARDIFF - Seorang peminat fanatik penyanyi terkenal, Lady Gaga mendakwa telah membelanjakan £60,000 (RM305,113) semata-mata untuk meniru gaya idolanya itu, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.
Donna Marie Trego, 37, memulakan kerjaya sebagai peniru Gaga sejak 2010 dan telah membelanjakan ribuan pound untuk membeli kostum, rambut palsu serta sebuah kumpulan penari.
Kini Trego mempunyai lebih 40 kostum yang diinspirasikan oleh penyanyi lagu Poker Face itu.
Trego turut membuat persembahan di seluruh dunia, malah Gaga juga dikata- kan pernah keliru dengan persamaan mereka.
"Saya tidak sedar masa dan usaha yang perlu saya korbankan untuk memastikan ia berjaya. Saya sepatutnya menggunakan wang untuk membeli rumah yang cantik tetapi saya menggunakan semua wang untuk kerjaya ini," katanya.
"Kerjaya ini bukan seperti menjadi seorang peniru Elvis. Ia berbeza kerana Gaga selalu berubah. Saya hanya seorang yang menyerupai Gaga. Saya hanya peniru," jelas- nya.
Trego sebelum ini pernah membuat persembahan di Jerman, Bahrain, Gran Canaria dan telah memenangi beberapa anugerah termasuk Goscar.
- Agensi (kosmo!)
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan