Interpol lancar operasi buru 'White Widow'
Tweet
INILAH gambar yang disiarkan Interpol sebagai ‘orang yang dikehendaki’ iaitu Samantha Lewthwaite, 29, atau digelar ‘White Widow’, seorang warga Britain. - Foto REUTERS/Interpol
LONDON: Seorang wanita warga British yang digelar “White Widow” kini menjadi buruan selepas Interpol mengeluarkan waran penahanan antarabangsa ke atas suspek yang dipercayai ada kaitan dengan serangan pusat beli-belah di Kenya.
Samantha Lewthwaite, berusia 29 tahun yang memeluk Islam, dikatakan berkahwin dengan Germaine Lindsay, salah seorang daripada empat suspek pengebom nekad yang menyerang rangkaian pengangkutan awam London pada 7 Julai 2005 sehingga mengorbankan 52 orang.
'Notis merah' Interpol itu dikeluarkan susulan permintaan pihak keselamatan Kenya bahawa ibu kepada tiha anak itu adalah suspek yang amat dikehendaki olehj Kenya.
Lewthwaite dikatakan terbabit dalam memiliki bahan letupan dan merancang beberapa serangan bom di Kenya mulai Disember 2011.
Bagaimanapun notis Interpol itu tidak menyebut secara spesifik kemungkinan Lewthwaite turut terbabit dalam kejadian menawan sebuah pasar raya di Nairobi selama empat hari oleh pergerakan Al-Shebab yang menjadi rangkaian al-Qaeda di Somalia.
Menteri Luar Kenya berkata, wanita British itu adalah antara penyerang Westgate Mall namun President Uhuru Kenyatta kemudian menjelaskan laporan berkenaan tidak dapat disahkan lagi.
Interpol mengeluarkan empat keping gambar berwarna Lewthwaite bersama notis waran tangkap.
Salah satu gambar menunjukkan wajah dengan rambut panjang hitam sambil mencebik bibir ke arah kamera manakala gambar lain beliau memakai tudung kepala.
- AFP
INILAH gambar yang disiarkan Interpol sebagai ‘orang yang dikehendaki’ iaitu Samantha Lewthwaite, 29, atau digelar ‘White Widow’, seorang warga Britain. - Foto REUTERS/Interpol
LONDON: Seorang wanita warga British yang digelar “White Widow” kini menjadi buruan selepas Interpol mengeluarkan waran penahanan antarabangsa ke atas suspek yang dipercayai ada kaitan dengan serangan pusat beli-belah di Kenya.
Samantha Lewthwaite, berusia 29 tahun yang memeluk Islam, dikatakan berkahwin dengan Germaine Lindsay, salah seorang daripada empat suspek pengebom nekad yang menyerang rangkaian pengangkutan awam London pada 7 Julai 2005 sehingga mengorbankan 52 orang.
Lewthwaite dikatakan terbabit dalam memiliki bahan letupan dan merancang beberapa serangan bom di Kenya mulai Disember 2011.
Bagaimanapun notis Interpol itu tidak menyebut secara spesifik kemungkinan Lewthwaite turut terbabit dalam kejadian menawan sebuah pasar raya di Nairobi selama empat hari oleh pergerakan Al-Shebab yang menjadi rangkaian al-Qaeda di Somalia.
Menteri Luar Kenya berkata, wanita British itu adalah antara penyerang Westgate Mall namun President Uhuru Kenyatta kemudian menjelaskan laporan berkenaan tidak dapat disahkan lagi.
Interpol mengeluarkan empat keping gambar berwarna Lewthwaite bersama notis waran tangkap.
Salah satu gambar menunjukkan wajah dengan rambut panjang hitam sambil mencebik bibir ke arah kamera manakala gambar lain beliau memakai tudung kepala.
- AFP
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan