GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 27 September 2013

Rozita Che Wan dan Zain Saidin sudah bertunang ?

PETALING JAYA: Pelakon Zain Saidin terkejut mendengar khabar angin kononnya dia telah bertunang secara senyap dengan aktres, Rozita Che Wan pada Rabu lalu.
Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 29, bagaimanapun menafikan berita tersebut dan menganggap gosip berkenaan adalah mengarut.
"Semalam (Rabu) saya duduk rumah sahaja, mana ada kami buat majlis bertunang. Entah mana datang cerita mengarut ini?
"Kami masing-masing sibuk dengan kerja lagi dan belum berkesempatan untuk mengikat tali pertunangan," katanya yang dihubungi mStar Online pada Khamis.
Zain bagaimanapun tidak menafikan hasrat untuk mengadakan sebuah majlis pertunangan namun masih lagi belum diputuskan lagi memandangkan dia sibuk dengan penggambaran Oh My English dan Fear Factor Selebriti Malaysia 2 sehingga bulan November depan.
"Jika tiada aral, kami akan membuat sidang media khas untuk membuat pengumuman berkaitan majlis kami," ujarnya.
Dalam pada itu, Zain berharap, tiada lagi pihak yang cuba mereka-reka cerita yang tidak benar berkaitan perhubungannya dengan Rozita kerana ia boleh disalah tafsir oleh segelintir pihak.
Zain dan Rozita dikatakan bercadang untuk bernikah pada Disember depan di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam dekat sini.
Rozita yang pernah berkahwin sebelum ini mempunyai dua orang anak iaitu Ammar Effendy, 17, dan Aniq Ezra, yang berusia 15 tahun.
Dalam perkembangan lain Zain juga sibuk dengan penggambaran drama berjudul Cucur Bawang Kopi O terbitan RTM.
Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP