GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 28 September 2013

Risiko Maut Jika Sidek Hussain buat keputusan untuk bedah Ketumbuhan

Sidek Hussain 
PETALING JAYA: Pelakon Sidek Hussain akhir mengambil keputusan untuk tidak melakukan pembedahan membuang ketumbuhan pada muka walaupun sudah beberapa kali melakukan pemeriksaan.
Sidek, 62, berkata, selepas sesi pemeriksaan dengan doktor pakar mereka memaklumkan pembedahan itu tidak dapat dilakukan kerana ia berisiko tinggi.
"Sepatutnya April lalu saya sudah dibedah namun selepas beberapa kali doktor membuat pemeriksaan, pembedahan itu terpaksa dibatalkan kerana saya berisiko berhadapan dengan maut.
"Doktor kata pembedahan itu tidak boleh diteruskan disebabkan saya ada masalah jantung dan paru-paru. Jika ia diteruskan juga risikonya mungkin saya boleh meninggal dunia ketika pembedahan," katanya ketika ditemui pada pratonton treler filem Paku, di sini, Jumaat.
Sidek yang pernah membintangi filem Toyol ini menghidapi ketumbuhan sejak 30 tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan pertama pada 1982 namun ia tidak berjaya.
Katanya, sebelum Ramadan lalu dia baru sahaja menjalani pembedahan pintasan jantung namun disebabkan perkara, jantungnya tidak mampu menahan pembedahan lebih 10 jam.
"Jantung saya lemah untuk pembedahan dalam tempoh yang lama dan keadaan itu boleh mengakibatkan maut," katanya.
Bagaimanapun, kata Sidek, dia pasrah dengan keputusan tersebut dan meneruskan perjalanan kehidupannya seperti biasa.
Sumber mStar online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP