Hebat ! Kanak-kanak di China kenal logo rokok
Tweet
WASHINGTON - Dianggarkan sembilan dalam setiap 10 kanak-kanak berusia antara lima hingga enam tahun di China dapat mengenali logo jenama rokok, menurut satu kajian yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics semalam.
SEORANG lelaki menghisap rokok di sebuah pusat pengumpulan surat khabar lama. China merupakan antara negara yang memiliki tabiat merokok paling tinggi di dunia.
WASHINGTON - Dianggarkan sembilan dalam setiap 10 kanak-kanak berusia antara lima hingga enam tahun di China dapat mengenali logo jenama rokok, menurut satu kajian yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics semalam.
Kajian itu turut melibatkan responden di India, Nigeria, Pakistan, Rusia dan Brazil.
Lima negara itu direkodkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai negara yang memiliki tabiat merokok paling tinggi di dunia.
Sebanyak 68 peratus daripada 2,423 kanak-kanak boleh mengenal pasti sekurang-kurangnya satu logo jenama rokok.
Kanak-kanak di China mencatatkan kadar pengecaman tertinggi dengan 86 peratus diikuti Rusia sebanyak 50 peratus.
Kajian tersebut diketuai penyelidik dari Universiti Maryland, Amerika Syarikat, Dina Borzekowski.
Menurut jurnal itu, penemuan tersebut menimbulkan kebimbangan sama ada negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana mematuhi pengharaman antarabangsa berhubung iklan rokok terhadap kanak-kanak.
- AFP(kosmo!)
1 Merujuk kepada perkara diatas :
hebat betul mereka nie
Catat Ulasan